25 November 2010

PAS TEDONG : CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Semalam telah diadakan satu ceramah penerangan Pakatan Rakyat bertempat di Markaz PAS Tedong Pantai. Program penerangan yang diadakan menerangkan mengenai kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan UMNO /BN Melaka yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Antara penceramah yang telah menyampaikan ceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Musa bin Mohd, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan YB Ustaz Firdaus Jaafar , Ahli Parlimen Jerai,Kedah Darul Aman.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Musa yang mewakili Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Beliau menyatakan bahawa kerajaan pimpinan UMNO / BN Melaka khususnya sudah tidak boleh menguruskan negeri kerana banyak kepincangan yang telah berlaku dalam pentadbiran pimpinan Datuk Mohd Ali Rustam. Beliau mengaitkan pentadbiran UMNO / BN yang ada sekarang ini khususnya dalam Negara Malaysia seumpama kerajaan firaun yang pernah memerintah mesir pada satu ketika dulu.

Jika dulu, Firaun yang pernah memerintah mesir dengan pemerintahan 'kuku besi'dengan mengeluarkan kenyataan hanya firaun saja yang layak memerintah negara , serupalah dengan sekarang apabila UMNO/ BN menyatakan hanya mereka saja yang layak memerintah. Tidakkah kenyataan ini serupa dengan apa yang dinyatakan ? Justeru, UMNO / BN telah menanamkan satu fahaman khurafat yang sesat lagi menyesatkan. Antara tindakan yang kurang siuman yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan UMNO/ BN Melaka ialah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat setiap kali diadakan. Keadaan ini tidak berlaku dan belum pernah berlaku dinegeri-negeri lain. Bahkan setiap ceramah yang diadakan UMNO / BN Melaka, tiada fakta dan kebanyakan penipuan dan pembohongan yang tidak bernilai. Seolah-olah apa yang disampaikan oleh Penceramah UMNO/ BN seumpama penjual ubat yang beracun serta setaraf budak tadika.

Dalam ceramah yang kedua yang disampaikan oleh YB Goh Leong San yang merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka, beliau menyatakan kerajaan pimpinan BN Melaka telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak pada tempat yang tidak munasabah dan membazir. Manakala Ustaz Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai menyelartindakan media kerajaan BN/ UMNO yang sebenarnya lewat seminggu dalam mendapatkan maklumat berkaitan banjir dikedah. Tak cukup dengan itu media yang dikuasai BN telah memutarbelitkan segala maklumat yang diberikan oleh kerajaan Negeri sehinggakan kerajaan negeri terpaksa menyekat kemasukan media dalam persidangan DUN Kedah.

Tiada ulasan: