25 November 2010

PAS TEDONG : CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Semalam telah diadakan satu ceramah penerangan Pakatan Rakyat bertempat di Markaz PAS Tedong Pantai. Program penerangan yang diadakan menerangkan mengenai kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan UMNO /BN Melaka yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Antara penceramah yang telah menyampaikan ceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Musa bin Mohd, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan YB Ustaz Firdaus Jaafar , Ahli Parlimen Jerai,Kedah Darul Aman.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Musa yang mewakili Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Beliau menyatakan bahawa kerajaan pimpinan UMNO / BN Melaka khususnya sudah tidak boleh menguruskan negeri kerana banyak kepincangan yang telah berlaku dalam pentadbiran pimpinan Datuk Mohd Ali Rustam. Beliau mengaitkan pentadbiran UMNO / BN yang ada sekarang ini khususnya dalam Negara Malaysia seumpama kerajaan firaun yang pernah memerintah mesir pada satu ketika dulu.

Jika dulu, Firaun yang pernah memerintah mesir dengan pemerintahan 'kuku besi'dengan mengeluarkan kenyataan hanya firaun saja yang layak memerintah negara , serupalah dengan sekarang apabila UMNO/ BN menyatakan hanya mereka saja yang layak memerintah. Tidakkah kenyataan ini serupa dengan apa yang dinyatakan ? Justeru, UMNO / BN telah menanamkan satu fahaman khurafat yang sesat lagi menyesatkan. Antara tindakan yang kurang siuman yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan UMNO/ BN Melaka ialah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat setiap kali diadakan. Keadaan ini tidak berlaku dan belum pernah berlaku dinegeri-negeri lain. Bahkan setiap ceramah yang diadakan UMNO / BN Melaka, tiada fakta dan kebanyakan penipuan dan pembohongan yang tidak bernilai. Seolah-olah apa yang disampaikan oleh Penceramah UMNO/ BN seumpama penjual ubat yang beracun serta setaraf budak tadika.

Dalam ceramah yang kedua yang disampaikan oleh YB Goh Leong San yang merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka, beliau menyatakan kerajaan pimpinan BN Melaka telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak pada tempat yang tidak munasabah dan membazir. Manakala Ustaz Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai menyelartindakan media kerajaan BN/ UMNO yang sebenarnya lewat seminggu dalam mendapatkan maklumat berkaitan banjir dikedah. Tak cukup dengan itu media yang dikuasai BN telah memutarbelitkan segala maklumat yang diberikan oleh kerajaan Negeri sehinggakan kerajaan negeri terpaksa menyekat kemasukan media dalam persidangan DUN Kedah.

PAS SERKAM DARAT: PROGRAM BERKHATAN

Pada 27 November 2010, PAS Cawangan Serkam Darat akan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai bertempat di Balai Islam Serkam Darat Taman Serkam Maju,Serkam Darat Melaka. Program yang diadakan ini adalah kali kekedua dianjurkan oleh PAS Cawangan Serkam Darat. Dengan menggunakan kaedah rawatan terkini selamat, cepat sembuh dan kurang berdarah, aktiviti ini dijadikan sebagi aktiviti tahunan menjelang cuti persekolahan setiap akhir tahun. 

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Serkam Darat, Saudara Zulkifli bin Mohd Ghouse, aktiviti ini selain daripada bertujuan untuk merapatkan ukhuwah persaudaraan dan khidmat masyarakat, program ini juga diharapkan dapat memberikan peluang kepada para ibu bapa untuk mengkhatankan anak anak mereka yang telah cukup umur. Setiap rawatan yang dilakukan dikenakan bayaran RM 60 seorang manakala anak yatim akan dibiayai pembayarannya oleh pihak penganjur. Diharapkan program yang diadakan seumpamanya ini akan merapatkan ukhuwah dan memberikan peluang kepada rakyat untuk mendekati PAS Serkam Darat dengan lebih dekat.

14 November 2010

AKHIRNYA ZUL KULIM TERKENA LAGI ..

Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam.Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.

“Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.Sekolah berkenaan kemudian memohon maaf kepadanya.

Erdogan Tetap Pendirian Lawan Israel

Perdana Menteri Turki Recep Erdogan telah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memulihkan hubungan yang normal dengan Israel sehingga mereka meminta maaf atas "serangan biadab" terhadap kapal Mavi Turki Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza akhir bulan Mei lalu .

Erdogan memberitahu 24 saluran TV Perancis bahawa Israel harus meminta maaf dan membayar pampasan barulah diskusi boleh bermula. Hubungan Turki dengan Israel telah diburukkan lagi dengan serangan Israel yang membunuh sembilan warga Turki dan banyak lagi yang mengalami kecederaan.

"Israel adalah satu-satunya pihak yang perlu bertanggung jawab atas hubungan dingin yang berlaku kini," ia menegaskan dan menambah, "Bagaimana kita boleh mengampuni serangan udara dan laut terhadap sebuah kapal yang mengibarkan bendera Turki dan membawa penumpang dari pelbagai negara yang ingin membantu yang orang lain."

Hamas Cela Penahanan Ahli Politik Tertinggi PLC

Sabtu, 13/11/2010 - Hamas mengecam sekuat-kuatnya kerajaan Israel atas penangkapan ahli Majlis Tertinggi Perundangan Palestin Mahmoud Al Ramahi pada hari Rabu dan menyeru pembebasannya.Hamas mengutuk dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Rabu itu tindakan itu sebagai satu "kejahatan", dan menambah bahawa pihak berkuasa Israel berusaha untuk melenyapkan sahutan orang yang berjuang untuk melindungi dan mengembalikan hak-hak kebangsaan Palestin.

Kumpulan pejuang itu mengatakan kerajaan Israel bertanggung jawab penuh atas nyawa dan kesejahteraan Dr Ramahi, menyeru Pihak Berkuasa Palestin dan pihak Fatah untuk menamatkan semua bentuk penyelarasan keselamatan, yang memberikan ruang untuk lebih jenayah dilakukan oleh Israel terhadap tanah dan orang-orang Palestin.

Peguam Baitulmaqdis mendedahkan rancangan Israel untuk memusnahkan kota suci

Sabtu, 13/11/2010 - Kerajaan Israel sedang merancang untuk memusnahkan keseluruhan kota Baitulmaqdis dan mendirikan sebuah kota baru bervisikan Zionis menerusi pelan yang dinamakan Jerusalem 2020," demikian menurut peguam Baitulmaqdis Ahmed Al-Ruwaidi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, perancangan menyeluruh tersebut meliputi penempatan-penempatan baru di kota itu dan ia merupakan transformasi lengkap kepada kota lama Baitulmaqdis.

Tembok-tembok di kota lama akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan taman, jambatan serta kuil Yahudi di kawasan Silwan, Sheikh Jarah, Wadi Al-Jawz, dan Al-Sawanah, beliau menambah.

Israel kuasai lembah utara Jordan

Sabtu, 13/11/2010 – Tentera Zionis Israel telah menyerbu dan menawan kawasan utara lembah Jordan. Dipercayai seluas 200 hektar di Ain Halwah telah di rampas dan kemudiannya digabungkan dengan penempatan Zionis yang ada di situ.

Saksi menyatakan Zionis Israel telah menyerbu dengan kenderaan berat dan membuat halangan. Keadaan juga di awasi ketat oleh pihak tentera. Selain itu, terdapat warga Palestin yang diusir dan rumah mereka dihancurkan.

Berita terkini berkenaan Palestin di iLuvislam.com adalah kerjasama di antara iLuvislam.com dengan pihak Palestinkini. Berita diterjemah dan disunting oleh pasukan penterjemah Palestinkini.

Sumber Grafik : http://palestinkini.info/

ANWAR, WAN AZIZAH DAN TGNA Diiktiraf

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa

07 November 2010

WANITA UMNO MELAKA HANCOR ..

HANGAT Wanita UMNO Melaka. Salah satu sumber boleh dipercayai melaporkan Wanita Melaka sedang dilanda ‘gempa bumi’ lebih hebat dari gempa bumi di Padang Indonesia. Kata mengata, umpat mengumpat dan salah melapor begitu hangat diperkatakan sehingga membawa perpecahan kepada pergerakan ini.

Kita sangka selepas mantan Ketua Wanita Melaka, Datuk Hazizah Mohd Sultan melepaskan baton kepada ketua yang baru, Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota) selesai segala masalah rupa-rupanya sangkaan itu meleset. Ternyata Rabiyah yang juga bukan wakil rakyat tidak mampu menjadi pengemudi atau ‘ibu’ yang baik bagi Wanita UMNO Melaka. Malah ada pihak yang mempertikaikan personaliti dan kewibawaan Rabiyah yang tidak setanding dengan bekas-bekas Ketua Wanita Melaka sebelum ini. Begitulah hebatnya kisah Wanita Melaka apabila faktor personaliti lebih hangat diperkatakan berbanding usaha memartabatkan pergerakan itu di negeri ini.

Sebenarnya di Melaka mempunyai dua Ketua Wanita UMNO Bahagian yang berstatus wakil rakyat iaitu ADUN Linggi, Latifah Omar dan ADUN Rembia Norpipah Abdol. Memandangkan dua wakil rakyat berkenaan mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugas mereka maka Rabiyah Ali dilantik sebagai Ketua Wanita Melaka. Manakala Hasnah Salam yang mendapat tempat pertama dalam jawatan Exco Wanita semasa pemilihan parti bulan Mac lalu dilantik sebagai Penolong Setiausaha Wanita UMNO Melaka.

Sekadar meramalkan mungkin ada yang tidak kenanya dalam pelantikan jawatan Wanita UMNO Melaka ini. Sudah tentu ada yang bertanya kenapa Hasnah Salam yang menjadi calon popular dalam pertandingan jawatan Exco Wanita tidak dilantik Ketua Wanita Melaka? Dalam soal ini Hasnah tidak memenuhi keperluan dan kehendak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan ketua wanita negeri dilantik di kalangan ketua wanita bahagian. Memandangkan Hasnah hanya penyandang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah maka jawatan tersebut terlepas kepada Rabiyah Ali.

Sememangnya kalau direnungi memang tidak ada kenanya dalam soal pelantikan Ketua Wanita Melaka ini. Bagaimana Rabiyah dan Hasnah Salam yang bergelar Exco Wanita Pusat serta mendapat mandat perwakilan Wanita UMNO seluruh negara harus mendengar arahan Rabiyah yang hanya berstatus ketua wanita bahagian? Kalau dikira kepada faktor logik, Hasnah Salam sepatutnya menjadi Ketua Wanita Melaka memandangkan menyandang jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia sekaligus mampu membawa suara pembelaan wanita negeri ini. Namun oleh kerana faktor yang disebutkan di atas maka Hasnah hanya menyandang jawatan ketiga tertinggi di negeri ini maka bermulalah konflik serta perpecahan.

Walau bagaimana pun perlu disebutkan di sini Hasnah Salam bukanlah pemimpin favourite sesetengah pemimpin bahagian Alor Gajah dan Melaka khususnya. Mungkin kerana keagresifan dan kelantangan atau lebih menonjol di peringkat nasional maka adalah sesetengah pihak tidak menyenangi ketrampilannya. Lalu adalah yang menyebut dalam sesetengah program yang dikendalikan oleh Hasnah tidak mendapat kerjasama secukupnya dari pimpinan bahagian dan ada juga keputusan pucuk pimpinan Wanita Melaka tanpa pengetahuannya. Malah usaha menjatuhkan Hasnah turut dilakukan pimpinan tertentu negeri ini sehingga kepada pengetahuan Shahrizat sendiri. Kononnya Hasnah antara pemimpin Wanita Melaka tidak boleh dipercayai dan sebagainya.

Dalam soal ini kita tidaklah berhasrat merendah-rendahkan mana-mana pemimpin UMNO di negeri Melaka. Sekadar mengingatkan pemimpin Wanita UMNO seluruh negara agar satukan tekad, satukan matlamat dan satukan suara anda. Mengambil kira perpecahan Wanita UMNO Melaka tiada faedahnya kepada mana-mana pihak sekalipun. Sebagai Ketua Wanita Melaka, Rabiyah umpamanya kena menjadi ketua yang adil kepada semua anggota pergerakan di negeri ini. Jangan kerana Hasnah Salam mempunyai hubungan dingin dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah yang juga Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Melaka , Norpipah Abdol maka beliau perlu dilanyak dan tidak disokong.

Sepatutnya Wanita Melaka berbangga mempunyai salah seorang pemimpin wanita seagresif dan selantang Hasnah. Jangan kerana beliau tidak popular di bahagian Alor Gajah maka ada pihak mengambil kesempatan merendah-rendahkan kewibawaannya. Begitu juga pimpinan bahagian Alor Gajah yang diterajui oleh Datuk Abdul Ghafar Atan kena bersikap adil dan menyokong mana-mana pemimpin yang mahu melakukan program atau aktiviti parti di bahagian berkenaan tidak kiralah Wanita, Pemuda dan Puteri. Jika wujud konflik, salah faham, rasa tidak puas hati dan sebagainya di kalangan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Abdul Ghafar kena menjadi pendamai yang baik. Abdul Ghafar kena bertindak menyatukan mereka dan bukannya berpihak kepada mana-mana pimpinan wanita negeri ini. Jika ini mampu dilakukan maka baiklah Wanita Alor Gajah.

Begitu juga di pihak Norpipah. Sebagai Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal dan kepentingan wanita di negeri ini kena salurkan peruntukan rakyat secara telus dan adil kerana kita bertanggungjawab dengan Allah dan bukannya manusia di dunia ini. Kalau pun Hasnah dianggap seteru dalam politik kepada Norpipah anggaplah ia sebagai konflik peribadi. Jangan kerana konflik peribadi maka di bawa kepada konflik seluruh anggota pergerakan bahagian ini. Jika umpamanya Hasnah berhasrat melaksanakan program dan aktiviti rakyat di bahagian dan negeri ini sepatutnya Norpipah kena memberikan sepenuh kerjasama.

Tentu dalam soal ini adalah sesetengah pihak akan berkata, orang luar jangan campurtangan dalam konflik Wanita bahagian Alor Gajah dan orang luar tidak tahu perangai Hasnah Salam yang sebenarnya. Dalam soal ini kita tidak membela Hasnah Salam dan sentiasa percaya bahawa tiada manusia yang maksum di dunia ini. Justeru kita sekadar mahu mengingatkan diri kita bahawa kita semua bertanggungjawab dengan Pencipta kita. Kalau pun mahu berpolitik biarlah dengan cara dan kaedah yang baik. Kalau ada kelemahan di pihak Hasnah sekalipun, kena ada cara dan kaedah terbaik untuk memaklumkan kepadanya. Bukan dengan cara sampai menyampai atau mengaibkannya. Termasuklah Hasnah jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara carilah cara dan kaedah terbaik untuk menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut. Mungkin boleh dilakukan dalam bilik mesyuarat atau perjumpaan tertutup misalnya.

Tetapi biasalah dalam UMNO. Bila sudah bersua muka, mata bertentang mata, lidah kelu untuk meluahkan rahsia hati. Kalau adapun rasa tidak puas hati hanya disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Peliknya, bila di belakang orang berkenaan mulalah episod kata mengata , umpat mengumpat dan sebagainya. Tidak terkecuali Norpipah, biasalah mendapat laporan-laporan tidak baik pasal naibnya, Hasnah dari penyokong dan pengampunya. Di sinilah Norpipah kena menapis cerita-cerita tidak tepat dan jangan terpengaruh dengan pihak-pihak sengaja berusaha melaga-lagakannya dengan Hasnah.

Bagi Rabiyah Ali yang menyandang jawatan Ketua Wanita Melaka kena menjadi ketua yang berwibawa dan dihormati oleh anggota pergerakan. Jika Rabiyah tidak berpuas hati dengan pendekatan politik Hasnah tiada salahnya meluahkan rahsia hati dalam medan yang tertutup atau secara empat mata. Sebagai ketua tiada salah kalau Rabiyah mahu menegur Hasnah begitu juga Hasnah sebagai Exco Wanita UMNO mendapat tempat pertama tidak semestinya segala perbuatan kita baik segala-galanya. Amalan tegur menegur demi kebaikan Wanita UMNO Melaka perlu dijadikan amalan semua pihak. Jangan kerana kita wakil rakyat maka kita tidak boleh ditegur. Tiada manusia di dunia ini termasuk wakil rakyat yang maksum di dunia ini. Selagi bergelar manusia selagi itulah kena bertanggungjawab dengan alam akhirat dan tidak dunia semata-mata.

Hakikatnya jawatan di dunia tidak ada salah dan silapnya kecuali manusia yang menyandang jawatan tersebut banyak kesilapannya. Kerana jawatan manusia sanggup tidak bertegur sapa dan kerana jawatan jua manusia sanggup berpecah belah satu perbuatan yang jelas Allah sendiri tidak suka. Apa salahnya Wanita Melaka yang cuma enam bahagian sahaja menampakkan sikap bersatu padu dan satu suara membela nasih golongan mereka. Sepatutnya Wanita Melaka bersyukur kerana Hasnah memenangi jawatan Exco Wanita dan dua pemimpin wanita di negeri ini mendapat jawatan wakil rakyat. Kalau ketiga-tiga pemimpin ini bergabung dan bekerjsama dalam meledakkan usaha pembangunan wanita akhirnya wanita juga yang maju. Jangan umpama kucing dan anjing.

Tetapi biasalah dalam politik wanita atau lelaki sekalipun, suka mengambil sikap keakuan dan mengamalkan keegoan yang tinggi. Bagi Wanita Melaka rasa tidak puas hati lebih menonjol memandangkan Hasnah hanya menyandang jawatan Naib Ketua Wanita Bahagian boleh menang jawatan Exco Wanita dua penggal berturut-turut. Tentulah ada pihak di Melaka khususnya merasa bimbang dan khuatir, Hasnah akan dilantik sebagai Senator dan sebagainya. Jika Hasnah menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan dan parti sudah tentu akan meranapkan sesetengah pihak yang ingin menonjol di negeri ini.

Itu sebabnya Wanita Melaka kena bersatu. Jika dinilai kepada keenam-enam ketua wanita bahagian Melaka waima bergelar wakil rakyat sekalipun sama rata dan sama padan. Tiada mana yang lebih atau kurangnya. Kalau dikira kepada skil, kewibawaan dan kebolehan masing-masing semuanya ditahap sederhana. Malangnya sikap jatuh menjatuhkan pula berada di paras yang tinggi sehingga Wanita Melaka lemah dalam serba serbi. Banyak isu pembelaan wanita terlepas pandang dan banyak ibu tunggal tidak mendapat pembelaan dari segi ekonomi misalnya.

Justeru kita amat berharapkan Wanita UMNO Melaka buanglah jauh-jauh perasaan hasad dan dengki sesama mereka. Pelantikan Rabiyah sebagai Ketua Wanita Melaka perlu disokong dan hormatlah kewibawaan Hasnah sebagai Exco Wanita. Buatlah kerja dan kebajikan kepada rakyat dengan ikhlas. Jangan harapkan imbuhan atau saguhati semasa melaksanakan tugas dalam parti dan kepada rakyat. Baik Hasnah, Rabiyah dan Norpipah sekalipun berada dalam satu parti iaitu UMNO.

Apapun kejayaan Wanita Melaka bergantung kepada ketuanya, Rabiyah Ali. Hendaknya Rabiyah Ali tidak menjalankan pengurusan Wanita Melaka ala kekampungan. Sudah sampai masanya Wanita Melaka memberikan fokus kepada pendidikan dan memperkenalkan program kemahiran kepada anggota pergerakan di negeri ini. Oleh kerana Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudah memperkenalkan slogan ‘Melawat Melaka Seumpama Melawat Malaysia’ ada baiknya Wanita Melaka memperkasakan program-program wanita di negeri ini. Jangan setakat berbangga dengan aktiviti sukan netballl, nasyid dan program kekampungan.

Sudah sampai masanya kursus-kursus perdana ke arah memperkasakan Wanita Melaka difikirkan oleh ketuanya, Rabiyah Ali. Ketepikan program-program Wanita UMNO tidak berdaya maju dan bebaskan Wanita Melaka dari kepompong kemiskinan. Memandangkan Melaka mengambil slogan ‘Melawat Melaka Seumpama Melawat Malaysia’ ada baiknya Wanita UMNO Melaka menjadikan wanita negeri ini bersaiz maju dan melaksanakan program-program boleh dibanggakan oleh anak cucu cicit akan datang. Usaha juga kena digiatkan menarik cerdik pandai, cendiakawan dan profesional menyertai Wanita UMNO negeri ini.

Perlu dijelaskan di sini kebanyakan Ketua-ketua Cawangan Wanita UMNO negeri ini terdiri dari warga emas atau berusia nenek.Ada baiknya reformasi kepimpinan dilakukan di peringkat cawangan-cawangan Wanita UMNO negeri ini agar seiring dengan keperluan negara mahukan kepimpiinan baru dan produktif. Namun semua itu terpulang kepada ahli akar umbi sama ada mahu mengekalkan ketua tidak produktif atau memilih ketua mampu membawa idea pembangunan dengan lebih berkesan.

19 Oktober 2010

Nak Nikah pun Susah ...

Seorang perempuan umur dalam 22 tahun, nak nikah dengan seorang lelaki pilihannya umur lewat 20-an. Masalahnya, bapanya tak mahu walikan. Bila ditanya apa sebabnya, perempuan tu terus menangis menceritakan kenangan silamnya pada usia 18 tahun, kira-kira 4 tahun dulu.

4 tahun dulu, perempuan ini pernah terlibat dalam satu kes maksiat. Bila keluarga tahu, semua marahkan gadis ini. Paling marah adalah ayahnya, sampai mengeluarkan perkataan tak mengaku anak. Diceritakan, sampai nak makan bersama semeja pun taknak, lalu di depan ayahnya pun tak boleh. Sejak kes tu, gadis i ni duduk di rumah sewa di bandar dan selalu juga balik ke rumah ibu bapanya walaupun bapanya tak mengaku anak.

Okeylah, dah 4 tahun berlalu dan gadis ini nak bina hidup baru dengan lelaki pilihannya, nak berkahwin secara sah. Masalahnya, nak buka mulut cakap dengan ayahnya pun tak boleh. Ibu dan kakaknya sudah tahu tapi tak dapat menolongnya.

Kenapalah ayahnya begini, saya faham perasaan seorang ayah yang marah pada anaknya. Tapi dalam hal ini, tak bolehkah maafkan kesalahan anak ini ? Jika dibiarkan anak gadis ini berterusan begini, kalau dihalang mungkin boleh terjebat dalam kancah maksiat. Dia mahu bernikah dan bina hidup baru serta menyesal atas perbuatannya selama ini.

sumber : Kadi Kluang

Wanita Pertama : Rosmah belakangi Perlembagaan Negara

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidak lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.

DAR 'HANGIN' Bila Ada Bantahan Mengenai Sekolah Harapan

Melenting Ali Rustam sehinggakan mencabar PAS berdebat mengenai isu sekolah mengandung. Apakah yang menyebabkan Ali marah sehinggakan tidak tahan dengan kritikan dari PAS?

Mudah sahaja, cegah segala kemungkaran yang berleluasa di Negeri yang diperintah oleh Ali dan BN maka sekolah harapan ini tidak akan wujud. Berapa lamakah pelajar akan menetap di sekolah tersebut? Sedangkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri Melaka setahun adalah RM500,000 setahun?

Cuba bayangkan kos RM500,000 setahun adalah untuk menyara 10 orang pelajar sahaja. Lebih baik duit sebanyak itu diberikan kepada sekolah agama yang mana ada sekolah yang terpaksa menjalani proses pembelajaran di tempat letak kenderaan (garaj).

Mengikut Jabatan Perangkaan seramai 214,033 kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan pada tahun 2005 hingga 2009. Paling dibimbangi adalah yang melibatkan melayu yang konon-kononnya adalah Islam (seperti dilaungkan oleh UMNO) adalah 74,723 kes berbangsa melayu.

Sekarang kita tanya UMNO yang konon-kononnya membela melayu dan apakah yang terjadi kepada anak muda melayu sehinggakan menjadikan melayu majoriti dalam kes anak tidak sah taraf. Menteri UMNO kena jawab permasalahan ini.

Apabila ada mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?

PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

TANDA KEJATUHAN UMNO KELANTAN

Tahniah! PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta. Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas. Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan. Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

Sebenarnya, bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan. Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai. Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan. Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

MTD Serkam mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan dan semua yang terbabit, sehingga hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat, apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS. Suatu simbol bahawa UMNO bukan sahaja tidak mampu merampas Kelantan, bahkan Putrajaya pun akan dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Allahu Akbar! (IH)