20 Ogos 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA CIKGU ISHAK

MAJLIS TINDAKAN DUN N26 SERKAM MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA CIKGU ISHAK BIN ABDOLLAH DIATAS KEMBALINYA BELIAU KE TAHMATULLAH PAGI TADI. AL FATIHAH 

15 Jun 2010

PROJEK BARU KRONI BN : PLAT NOMBOR MICROCHIP


Ada sumber yang mengatakan satu cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan telah dikemukakan dimana semua pemilik kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia akan dikehendaki menggunakan plate nombor baru.

Plate nombor ini akan ditanam dengan microchip didalamnya, mungkin bagi memudahkan agensi penguatkuasaan kerajaan seperti Polis dan JPJ dalam mendapatkan maklumat sepenuhnya tentang kenderaan dan pemiliknya.

Ala… macam Kad Pengenalan kita tu la.. ada microchips tu. Microchips yang menyimpan data-data tentang kita, kalau tak silap tarik lahir, alamat dan lain-lain lagi yang aku dah lupa..

Nampak advance.. Plate Nombor kereta bermicrochip.. tapi akhirnya mungkin akan menjadi seperti kad pengenalan yang bermicrochip kita itu… berapa ramai penguatkuasa yang dibekalkan dengan ‘Card Reader’ untuk membaca apa yang terkandung didalam microchip itu?

Sumber juga mengatakan pengeluaran Nombor Plate Bermicrochip ini akan diserahkan kepada dua syarikat baru.. yang sudah pastinya syarikat yang dikuasai oleh kroni mereka UMNO/BN… kerana tiada sebarang tender terbuka yang telah dijalankan..

Harga bagi setiap nombor plate yang dikeluarkan itu ialah sekitar RM150.00 dan cuba anda kira berapakah perolehannya atau keuntungannya jika kita letakkan kadar keuntungannya ialah 50% dari hasil jualan..

50% itu adalah peratusan paling rendah aku letak, kerana biasanya kroni-kroni UMNO/BN ini akan ‘mark-up’ melebihi 50% malah ada yang mencecah 100%.. Cuma turunkan tandatangan saja..

Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 Juta kenderaan berdaftar ini termasuk Bas, Lori, Motorsikal dan sebagainya yang membayar cukai jalan.. dengan kadar RM150 bagi setiap plate nombor itu berapakah keuntungannya..

20 Juta Kenderaan x RM150.00 = RM3 Billion sahaja dan 50% dari RM3 Billion itu berapa wahai sahabat-sahabatku???


Sumber segala maklumat dari Blog OutSyed The Box

DR. CHUA : UMNO PENGARUH SULTAN TARIK PINGAT

Ahli MT PKR yang juga bekas pemimpin MCA, Chua Jui Meng yang telah ditarik balik gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ mendakwa UMNO Johor sebagai dalang disebalik penarikan gelaran itu oleh Sultan Johor.

Gelaran tersebut telah dianugerahkan kepada beliau oleh Almarhum Sultan Johor yang lalu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Menurut Chua Jui Meng beliau telah diberikan amaran akan ditarik balik gelaran tersebut sebelum ini.

“Amaran telah diberikan kepada saya sebelum ini mengatakan Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman akan mengusulkan kepada Sultan Johor untuk menarik balik gelaran yang dianugerahkan itu jika saya menyertai PKR” Katanya.

Chua juga mengatakan seorang Datuk dari UMNO telah memberikannya amaran agar tidak meneruskan niatnya untuk menyertai PKR.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN” Chua juga menambah beliau tidak menyalahkan Sultan kerana beliau faham tentang permainan politik yang bermain dibelakang penarikan gelaran tersebut.

“Saya masih menghormati Sultan kerana beliau merupakan pemerintah negeri saya” kata Chua.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga menambah dia akan memulangkan pingat Datuk itu apabila dia menerima surat rasmi menurutnya lagi pihak Istana telah menghubunginya sebanyak dua kali bertanyakan tentang Pingat tersebut.

Bagaimanapun Chua akan mengekalkan gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan oleh Pahang dan Selangor, yang juga membawa gelaran yang sama..

Itu sebahagian dari terjemahan seterusnya sila baca dibawah..

KALAU STADIUM BOLEH RUNTUH INIKAN LOJI NUKLEAR

Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah loji tenaga nuklear.

"Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.

Selain langkah-langkah keselamatan, Lim juga mendesak Chin supaya menjelaskan mengapa kerajaan tidak sebaliknya mengkaji kemungkin menggunakan sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui.

Lim juga ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.

Mengenai lokasi, Chin berkata janakuasa itu dijangka dibina di Semenanjung berdasarkan permintaan elektrik yang tinggi di kawasan tersebut pasca 2020.

Bagaimanapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan, katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengguna pakai piawaian antarabangsa bagi menentukan lokasi loji janakuasa itu dengan mengambil kira ciri-ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar dan keadaan geogologi.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menggunakan khidmat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam memastikan peraturan berkaitan keselamatan loji dipatuhi jika ia dibina di negara ini.

"Justeru lesen tapak loji berkenaan hanya akan dikeluarkan setelah semua kajian dilakukan termasuk penilaian kesan alam sekitar dan radiasi," katanya.

Chin juga berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan loji janakuasa nuklear memandangkan pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan kepada teknologi itu pada masa ini.

"Ia termasuk kebolehan menghentikan tugas rektor nuklear dalam masa yang cukup pantas iaitu dalam tempoh beberapa saat sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini," kata beliau.


16 Mei 2010

KERAJAAN PERLU JAGA KEBAJIKAN GURU

Rakaman penghargaan dan tahniah ditujukan kepada para guru sekalian diatas kesungguhan dedikasi yang selama ini telah curahkan dengan penuh kesabaran dan keprihatinan dalam usaha membentuk kecemerlangan akademik dan keperibadian sahsiah anak murid sekolah masing-masing. Bersesuaian dengan tema tahun ini ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, diharapkan semua guru budiman berterusan gigih meningkatkan khidmat pengajaran dan pendidikan yang telah dibuktikan berkualiti serta berjaya dengan ribuan murid lepasan sekolah menjadi warga Malaysia cerdik dan berakhlak.

Sebagai tanda sokongan moral atas jasa dan budi kepada guru-guru, saya berbesar hati sudi dan sedia mendengar pandangan para guru sekalian sekiranya ada sebarang permasalahan yang boleh diusahakan berkaitan dalam membantu menaikkan taraf keperluan martabat dan kebajikan para guru mahupun prestasi pembelajaran anak murid sekolah.

Berhubung dengan pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa akan diumumkan sebuah dasar baru yang dikatakan komprehensif untuk para guru sempena hari guru di Pahang nanti, diharapkan ianya secara telus akan membela kebajikan para guru dan kakitangan institusi sekolah yang selama ini dilihat diabaikan. Adalah mengecewakan sekiranya dasar tersebut diumumkan semata-mata menarik undi dengan berlangsungnya kempen pilihanraya kecil kerusi Parlimen Sibu ketika ini. Masyarakat juga berharap dasar yang akan menyentuh skim kenaikan pangkat, elaun dan manfaat yang berkaitan adalah setimpal dengan dedikasi tugasan para guru terutamanya dengan bebanan kos sara hidup yang telah meningkat drastik.

Kerajaan terutamanya pihak Menteri Pelajaran tidak boleh menutup sebelah mata terhadap permasalahan keselesaan pengajaran para guru dan pembelajaran murid sekolah yang masih lagi belum diselesaikan. Sepertimana yang diumumkan oleh Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Malahan pendidikan asas seperti pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) bermula Januari 2010 yang sepatutnya dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta juga belum memperlihatkan implementasi yang serius dan teratur.

Sekian,terima kasih.

SELAMAT HARI GURU.
Y.B. Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

Bentuk manifestasi Islam hari ini

Dr Mujahid Yusof Rawa

Bagi memahami Islam dalam perjuangannya hari ini kita harus menyusun beberapa kategori penyataan Islam yang dapat dilihat dalam masyarakat. Ada tiga kategori Islam dimanifestasikan dalam perjuangannya hari ini dan setiap kategori memberi implikasinya tersendiri kepada tanggapan kedudukan Islam dalam arus transformasi negara hari ini.

i) Islam dalam wacana intelektual yang sarat dengan idealisme konsepsual dan teori

ii) Islam dalam realiti amalan praktikal umat Islam yang jurangnya jauh dengan wacana intelektual

iii) Islam dalam bentuk inisiatif gerakan perubahan sosial-politik yang bersifat praktikal bagi menggarap antara idealisme dan praktikal

Saya akan huraikan ketiga-tiga kategori dan kesannya kepada kedudukan Islam dalam kerangka negara hari ini.

1. Islam Dalam Wacana Intelektual

Sejak dari zaman kegemilangan tamadun Islam, wacana intelektual menjadi mercu tanda kehebatan Islam kerana kecemerlangan ilmu adalah merupakan antara tuntutan dalam ajaran Islam. Bermula kecemerlangan ilmu ialah pada kurun awal hijrah di mana perkembangan Islam ke dalam masyarakat bukan Arab menuntut para ilmuan menyusun dan mengumpulkan tatabahasa bermula dari ilmu fonetik (suara dan tajwid) hinggalah ke tatabahasa. Asas keperluan ini ialah Al Quran di mana mereka yang bukan berlidah Arab perlu memahami Al Quran dalam bahasa Arab, maka ilmu bahasa adalah merupakan bidang pertama yang diterokai oleh para ilmuan Islam.

Menyusuli keperluan ilmu ialah pengumpulan hadis-hadis yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammada s.a.w. kepada para sahabat yang pada penghujung zaman mereka merasakan perlu diwariskan pengumpulan hadis-hadis ini kepada generasi tabieen supaya tidak hilang pesanan-pesanan nabi kepada umat Islam. Kecermelangan ilmu berkembang pesat dengan adanya usaha penterjemahan karya falsafah Greek dan Farsi serta Rom yang mula mempengaruhi falsafah Islam. Konflik asas falsafah tauhid dan logik Greek telah melahirkan dua arus falsafah yang mencorak pemikiran intelektual Islam pada zaman itu sehingga perbalahan antara dua aliran falsafah Islam ini melahirkan debat agung antara pemuka-pemuka ilmuan zaman itu. Tidak dinafikan ada unsur-unsur penyusupan masuk falsafah Greek melalui usaha penterjemahan waktu itu tetapi ada di antara para ilmuan Islam telah berjaya memelihara ketulenan unsur falsafah Islam dengan meneliti apakah nilai-nilai yang boleh diambil dan diceduk dan nilai-nilai yang perlu ditolak. Tidak dapat dinafikan juga disebalik asas ilmu wahyu yang menjadi tunggak prasarana ilmu Islam tertegak, pendekatan-pendekatan logik Greek yang berhujah dengan kekuatan akal dan minda mula membentuk ilmu mantiq yang dipakai dalam pendekatan huraian hujahan ilmiyah.

Peranan istana khalifah dalam memberi geran kepada para ilmuan dan mewakafkan harta mereka untuk membina Baitul Hikmah di Baghdad dan Universiti Al Azhar di Mesir dan Zaituniyah di Tunis menyemarakkan lagi kecemerlangan ilmu dalam peradaban Islam. Peninggalan khazanah ilmu yang sebahagiannya masih tersimpan di Eropah semasa era penjajahan ke atas dunia Islam telah menjadikan umat Islam sebagai umat yang paling kaya dengan ilmu. Warisan ini terus kekal terpelihara dan perjuangan Islam hari ini mengambil sumber keintelektualannya dari khazanah ini.

Oleh kerana besarnya implikasi kecemerlangan tamadun Islam, ia menjadi sebahagian daripada kekuatan umat Islam hari ini di mana medannya ialah debat intelektual yang membentuk satu arus yang kuat mempertahankan kecurigaan-kecurigaan kepada konsep Islam. Ia menjadi medan tersendiri bagi bagi berdepan dengan kelompok intelektual sekular liberal mahupun kelompok Islam radikal kerana asas wacana intelektual bersifat bebas dari kekangan sentimen dan hanya bercakap dalam bahasa fakta yang empirikal.

Ia satu medan perjuangan Islam kerana medan ini jika gagal dipertahankan maka prasana ilmu intelektual Islam akan terdedah kepada kepincangan dan sekaligus berpotensi mempertikaikan sistem Islam secara praktikal. Kekuatan medan ini ialah kekuatan hujah yang boleh memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menerima sistem Islam atau apa sahaja cabang Islam yang dipertikaikan dan diperdebatkan.

Medan ini juga mengurangkan jurang antara Islam dan agama-agama lain kerana medan ini berupaya membuat penjelasan dari kekeliruan-kekeliruan yang berlaku, hasilnya dialog tamadun dapat diusahakan. Walaupun kategori intelektual ini dilihat terlalu eksklusif namun ia mampu memberi isyarat yang positif kepada dua kategori lain yang turut beroperasi mempamer dan memperagakan Islam dalam kehidupan praktikal.

KES ANWAR : SAIFUL TAK TAU MANDI JUNUB

Peguam, Karpal mendakwa Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak Mandi Junub selepas melakukan hubungan seks. Saiful sebelum itu mengakui di dalam mahkamah yang dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia berada dalam keadaan darurat ketika itu.

Namun, Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat selepas kejadian tersebut.

Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah telah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang menolak permohonannya sebelum ini.

Karpal dalam mahkamah sebentar tadi bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela kerana jika benar tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar maka pihak pendakwa seharusnya menyerahkan senari saksi kepada pihak pembela.

Perbicaraan kes fitnah liwat II, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

Pada jam 11.25 pagi tadi, Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.

Karpal juga membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya. Kalpal juga merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

AHLI PAS PERLU BERANI BUAT PERUBAHAN

Ahli PAS di Melaka khususnya perlu berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dalam suasana politik baru hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin, di sini, baru-baru ini.

"Keadaan politik di Malaysia ada orang Islam tak sokong parti Islam tapi orang bukan Islam sokong kita, maka tak pelik di Melaka ini mereka yang akan menangkan kita.

"Kita perlu dekati mereka tanpa gadaikan prinsip mereka, sebab itu kita telah tubuhkan Kelab Penyokong PAS dan pertingkatkannya kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS tak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, kita sekarang ini sedang mengalami politik baru sebab itu kita perlu berubah, bukan dasar tapi uslubnya perlu berubah dan cara dakwahnya juga perlu berubah serta kita perlu berani berubah untuk kebaikan parti.

Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa sebagai sebuah parti siasah dan Gerakan Islam, PAS sangat bertuah kerana Islam menawarkan banyak petunjuk terhadap pelbagai persoalan yang timbul sebelum atau selepas memerintah yang boleh dijadikan sebagai panduan.

"Perkara yang paling penting mesti ada sifat hikmah atau kebijaksanaan, sebab itu kalau orang yang tak boleh korbankan pandangannya dia akan terpelanting dan dalam politik baru kita perlu bersedia terima dengan benda-benda baru yang tak kita temui sebelum ini," tambahnya.

Sebelum itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang dalam ucapan aluannya kesal dengan sikap beberapa individu yang tergelincir atau gagal dalam memberikan ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan PAS Kawasan mutakhir ini.

"Antara kegagalan itu ialah mengambil sikap ringan terhadap tanggungjawab yang diberikan, tidak wala' dan taat dengan arahan, bersekongkol dengan pihak musuh politik, lebih berminat perkara furu' daripada memberikan tumpuan perkara dasar dan mendahului pimpinan dalam sesuatu perkara," ujarnya.

PAS Kawasan Jasin juga meluluskan dua usul yang dibentangkan oleh perwakilan PAS Cawangan Kesang Tua, Ali Mahadi yang mengusulkan agar Lajnah Perpaduan Nasional di peringkat Negeri dan Kawasan diaktifkan bagi merealisasikan matlamat parti kerana usaha tersebut dilihat masih jauh ketinggalan.

Manakala usul yang ke dua ialah PAS Cawangan Kesang Tua mengusulkan agar calon PAS bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri Bemban (N24) bagi Pilihan Raya Umum yang akan datang kerana majoriti tenaga kerja yang bertungkus lumus dalam pilihan raya adalah daripada PAS.

LTAM JADI GAJAH PUTIH

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri melaksanakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang sehingga kini masih gagal menarik minat syarikat penerbangan lain untuk beroperasi di situ.

"Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak ada kuasa untuk memaksa syarikat penerbangan seperti AirAsia, FireFly dan lain-lain untuk menyediakan perkhidmatan di LTAM.

"Dan katanya lagi syarikat penerbangan akan menentukan samada operasi di sesebuah lapangan terbang itu perlu atau tidak berdasarkan kepada 'business decision' masing-masing.

"Dengan jawapannya maka fahamlah kita bahawa LTAM ini akan menjadi satu lagi projek Gajah Putih sehingga ke suatu masa yang kita pun tidak pasti," kata beliau.

Beliau berkata, sebenarnya kerajaan telah gagal menjalankan kajian dan analisis yang baik sebelum membuat keputusan untuk menaiktaraf lapangan terbang dan apakah kerajaan tidak membuat kajian terperinci dari segi komersial dan lain-lain.

"Akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja, walaupun lapangan terbang ini sudah dirasmikan sebanyak dua kali tetapi ianya masih sunyi sepi tiada kapalterbang komersil besar yang menggunakannya," tambahnya.

LTAM yang bernilai RM193 juta terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya telah dinaiktaraf seperti pemanjangan landasan dari 1,800 meter kepada 2,135 meter turut menempatkan menara kawalan, unit bomba dan penyelamat serta pusat kawalan kaji cuaca bagi membolehkan pesawat Airbus dan Boeing 737 beroperasi.

Manakala Terminal LTAM yang baru berharga RM190 juta seluas 7,000 meter persegi dilengkapi kemudahan seperti ruang menunggu penumpang berlepas dan ketibaan, bilik VIP, tandas, enam kaunter masuk dan empat kaunter keluar bagi penerbangan antarabangsa dan domestik dikatakan bakal mengendalikan 1.5 juta penumpang setahun berbanding hanya 300,000 sebelum ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak juga meminta kerajaan negeri merangka strategi pengisian khusus agar dapat dimanfaatkan oleh semua syarikat penerbangan tempatan dan luar negara ketika merasmikannya 4 Februari lalu kerana hanya satu syarikat sahaja yang menggunakannya iaitu Riau Airlines yang menawarkan penerbangan Melaka-Pekan Baru-Melaka.

Tinjauan Harakah ke lokasi juga mendapati suasananya sunyi sepi tanpa deruan enjin kapalterbang yang membingitkan seperti lapangan terbang antarabangsa lain dan tiada kapalterbang pun kelihatan di landasannya malahan, keadaan di dalam Terminal menyaksikan petugasnya hanya duduk santai sahaja kerana tiada penumpang yang hendak diuruskan.

12 Mei 2010

CUBA LETAK HUKUM FEQAH DAN AQIDAH : SYFOOL TAK MANDI WAJIB DAN TAK SOLAT

Apa sudah jadi dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan?. Satu persatu rahsia dirinya kini terbongkar akibat diganyang dengan berbagai soalan oleh Peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau yang sebelum ini begitu yakin dan dengan bangganya menunjukkan bukti berkaitan lokasi kejadian kepada pihak mahkamah, kini seolah-olah mula gelisah dengan soalan yang diajukan oleh peguam "panas" itu. Apa tidaknya, jika dulu beliau dapat bercakap kepada hakim dengan penuh yakin gara-gara "skrip" yang sudah disiapkan untuk dijawapnya. 
Kini, beliau mula kaku dan mati akal akibat tidak tahu apakah yang mahu ditanya oleh Karpal itu. Akhirnya terpaksalah Saiful menjawab "benda yang karut marut dan tidak masuk dek akal kita". Cuba lihat beberapa jawapan panas yang membuktikan tahap keimanan anak muda ini di mahkamah pagi tadi apabila disoal oleh Karpal Singh. Malah seluruh mahkamah mentertawakan beliau, ketika dia menjawab soalan yang dikemukakan oleh Karpal. Antara soalan yang dikemukakan Karpal ialah "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"? Saiful menjawab "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat". Kemudian Karpal bertanya lagu "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?. Jawap Saiful "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah". Kemudian Karpal berkata "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang" dan dijawab Saiful "Saya dalam keadaan darurat masa tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat. Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu. Ahli ibadat konon!

Bukti, blog Saiful Bukhari yang tidak dikemaskini sebulan yang lalu
Itulah antara soalan panas yang membuktikan kepada kita bahawa Saiful memang bukan seorang Islam yang boleh dipercayai. Beliau ternyata munafik dan kenyataannya tidak wajar diterima oleh mahkamah. Sebab itulah mereka mahu menghalang sedaya upaya cubaan "qazaf" terhadap Saiful di Mahkamah Tinggi Syariah. Ini kerana mereka tahu bahawa Saiful bukanlah orang yang layak untuk bercakap di depan hakim mahkamah terbabit. Semakin Saiful bercakap maka semakin banyak bukti-bukti pembohongan yang dikeluarkan dari mulutnya. Kami juga agak hairan, kerana begitu lama Saiful tidak mengemaskini blog peribadi beliau www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com . Malah, posting terakhirnya ialah pada 9 April 2010 yang lalu. Ini amat mengejutkan kita, kerana biasanya Saiful akan terus mengemaskini blognya apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat berkaitan kes yang dihadapinya itu. Misalnya, beberapa hari lalu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar agar kes ini dibatalkan. Anehnya, Saiful tidak membuat apa-apa posting dengan keputusan mahkamah itu. Apakah beliau kini panik dan gusar dengan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh barisan peguam Anwar di mahkamah agaknya. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan pengunjung setia blog Saiful sekarang ini. Apapun, kita sama-sama nantikan apakah akan muncul banyak lagi adengan-adengan lucu yang akan dikhabarkan oleh Mohd Saiful Bukhari ini di mahkamah, selepas diasak oleh peguam Anwar terutamanya Karpal Singh itu hendaknya.
Perbicaraan Kes Liwat Ditangguhkan Hingga Esok
Perbicaraan kes liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga esok selepas peguambela, Karpal Singh memohon masa untuk menyiapkan hujah bagi mendapatkan keterangan bersumpah Saiful, yang diberikan kepada polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
[Senario yang berlaku terhadap Saiful ini amat mengejutkan kita. Belum pernah terjadi beliau gagal kemaskini blog apabila berita mengenai kesnya berlaku pada hari berkenaan. Malahan dalam sesetengah kes, belum sampai beberapa jam selepas perkara itu berlaku Saiful sudah mengemaskini blognya. Bagi mereka yang jarang melawat ke blog beliau mungkin tidak perasan akan perkara ini. Namun, bagi krew-krew kami yang saban hari melawat ke blognya memang amat perasan apa yang berlaku ini. Apakah Saiful kini dalam keadaan tertekan kerana tidak menjangka apakah soalan yang bakal dikemukakan kepadanya?. Tambah memusykilkan kita bila pihak pendakwa juga enggan menyerahkan nama-nama saksi kes berkenaan dan hanya mengatakan "mungkin" diserahkan kemudian. Soalnya, apakah dalam mahkamah boleh menggunakan perkataan mungkin?. Ini menguatkan lagi bahawa kes ini penuh dengan misteri dan merupakan konspirasi sebenarnya. Moga kebenaran itu akan terbit jua akhirnya].