15 Disember 2007

Kezaliman pada "Cheng Ho " PKR .. Siapa Aniaya Siapa ??

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Hrkh) - PAS hari ini membuat laporan polis ke atas tindakan rampasan beberapa barangan peribadi yang dilakukan oleh pegawai polis cawangan khas (SB). Ketua Cawangan PAS Paya Berenjut Kemaman, Zulkifli Mohd dan sahabatnya, Fadhli Ibrahim beserta peguam mereka, Zamri yang turut sama turun ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) jam 1 tengahari tadi bagi membuat laporan polis tersebut. Barang peribadi kedua-dua mereka yang telah dirampas adalah komputer riba, kamera digital serta beg pakaian mereka di pekarangan Tugu Negara, Taman Tasik Perdana pada jam 9 pagi semalam.


Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang duduk di sekitar kawasan tersebut, dan secara tiba-tiba datang dua lelaki berpakaian biasa mengaku sebagai pegawai polis mahu menjalankan pemeriksaan ke atas Zulkifli dan Fadhli. Dalam kejadian tersebut, pihak polis hanya berjanji akan memulangkan semua barang yang 'diambil' itu selepas siasatan selesai. Dalam perkembangan lain, kira-kira jam 2 petang semalam, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah lanjutan penahanan. Walau bagaimanapun, akibat kegagalan pihak polis mengemukakan dokumen pertuduhan yang lengkap, Tian Chua dibawa semula ke IPKKL. Pihak polis mengakui bahawa mereka memang tergesa-gesa pada ketika itu kerana menerima desakan yang hebat dari 'atas'.
Selepas dibebaskan, Tian Chua telah membuat satu aduan berhubung kenderaan milik Koordinator Informasi, Labour Resource Centre, Abdul Razak Ismail yang dinaiki beliau ketika menuju ke Parlimen terbakar ketika ditunda polis dari tempat di mana beliau ditangkap di hadapan Parlimen. Pihak polis mendakwa bahawa kereta tersebut telah terbakar dengan sendirinya dan tidak ada kena mengena dengan mereka. Namun, Tian Chua mendakwa bahawa kereta tersebut sengaja dibakar oleh pihak polis. Ini kerana ujarnya, tiada sebab kereta itu boleh terbakar dengan sendirinya, sedangkan tiada siapa yang menghidupkan enjin kenderaan itu selepas beliau dan Razak ditahan. Selain itu, aktivis reformasi, Norazimah Mohd Nor yang lebih dikenali sebagai Nora pula mendakwa bahawa pihak polis telah 'menahan' telefon bimbit beliau untuk siasatan lanjut. Meskipun beliau telah meminta supaya ia dipulangkan, namun pihak polis tetap enggan bekerjasama. Malah, polis meminta Nora menyediakan penjamin jika mahu mendapatkan semula telefon tersebut. Beliau yang ditahan di hadapan IPPKL ketika berhimpun bagi memberikan sokongan kepada tahanan yang ditangkap di parlimen kini telah pun dibebaskan bersama tahanan-tahanan yang lain. Semua 15 orang pimpinan dan aktivis Bersih yang ditahan semalam telah dibebaskan pada pukul 10 malam tadi dengan jaminan mulut.
Mereka yang dibebaskan adalah Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali; Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; Ahli MPT KeADILan, Ang Hiok Gai; Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; AJK Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia, A. Sivarajan dan Koordinator Informasi, Labour Resource Centre, Abdul Razak Ismail. Yang lainnya iaitu Azira Ariffin, Hashim Awang, Mohd Sabri Shafie, Mohd Badilah Muda serta Norazimah Mohd Nor adalah aktivis yang menyokong Bersih. Semua mereka diminta untuk menghadirkan diri pada pukul 9 pagi, 18 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan aman. Sebelum itu, seramai sembilan orang telah dibebaskan terlebih dahulu tanpa sebarang pendakwaan iaitu Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng; wakil WAMI, Wong Chin Huat; Pengurus Iklan Harakah, Mokhtar Rozaidi; wakil Komas, Mien Lor; wakil CIJ, V. Gayathry serta seorang remaja berusia 13 Tahun, Abdul Muhaimin Roslan. Semasa penahanan, mereka turut diminta menandatangani surat penafian hak peguam untuk membela mereka tanpa kebenaran Polis. "Pihak polis telah menerangkan hak-hak mereka termasuklah untuk berdiam diri atau mendapatkan khidmat peguam. Walaubagaimana pun pihak polis mendakwa bahawa mereka mempunyai Ć¢€˜kuasa tersendiriĆ¢€™ untuk mengabaikan hak tersebut termasuklah tidak membenarkan khidmat peguam digunakan semasa keterangan mereka diambil," ujar Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hassan. Sementara itu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh pula menyatakan bahawa pada jam 6 petang semalam, tahanan wanita telah dibawa ke lokap Jalan Travers manakala tahanan lelaki dibawa ke lokap Jalan Pudu. Namun, secara tiba-tiba pegawai pengiring mereka menerima arahan untuk membawa mereka kembali ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah sehingga menimbulkan kekeliruan pada mereka. - mks.

Tiada ulasan: