14 Mac 2008

Apabila Watikah Pak Lah Tidak Lagi Laku...

Posted on Friday, March 14 @ 20:17:43 MYT by greenboc
Oleh GB
Negara petang ini dikejutkan dengan satu berita dari BERNAMA: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.Sedangkan baru malam tadi Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan sudah menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar Perlis.Beliau yang menjadi Menteri Besar negeri itu sejak 1995, menerima watikah berkenaan Selasa lalu dan akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Siraj, di sini, jam 12 tengah hari ini, untuk memaklumkan perkara itu serta cadangan nama barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).Malah BERNAMA sendiri mengesahkannya dengan menyatakan pada hari semalam : Teka-teki mengenai bakal Menteri Besar Perlis selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-12 kini terjawab apabila Datuk Seri Shahidan Kassim malam tadi memaklumkan beliau telah menerima surat watikah pelantikan pada Selasa lepas untuk terus menerajui negeri itu.
Akhirnya kesemua berita BERNAMA dan apa yang dilaporkan oleh media arus perdana ternyata kesemuanya terbabas.Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Mohd Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri."Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008," katanya.Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.Shahidan di dalam respons spontan apabila ditanya samada wujud campurtangan dari pihak tertentu Shahidan berkata,"Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian yang dilanggari."Kata-kata Shahidan yang diluahkannya sebelum ini memakan dirinya semula apabila watikah perlantikan dari Perdana Menteri ternyata tidak mempunyai nilai dari segi penguatkuasaan."Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi.Sebelum itu, Shahidan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.Ketua badan perhubungan Umno Perlis itu menambah "jika tidak sokong, mereka bolehlah isytihar keluar BN."Saya beri mereka masa sehingga jam 5 petang ini. (Dan) saya telah menelefon Abdullah mengenai perkara tersebut."Katanya dalam kes ini, BN akan mengguna pakai peraturan Whip yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak."Shahidan berkata demikian, dipercayai mengulas isu pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis yang tertangguh sehingga hari ini.Dan media arus perdana pun bersilang-sengketalah melaporkan isu berkenaan.Demikianlah, betapa benar dan mulia perencanaan dan rahmat Allah Yang Maha Besar yang telah mempersilang sengketakan kumpulan yang telah lama menghina dan memfitnah Islam dan jemaah Islam PAS selama ini!

Tiada ulasan: