MOSCOW: Sekurang-kurangnya tujuh anggota wanita sebuah kumpulan pemujaan Russia keluar dari gua tempat mereka bersembunyi menantikan hari kiamat tetapi 28 yang lain masih enggan berbuat demikian. Kumpulan pemujaan itu berada di gua di kawasan pergunungan di wilayah Penza, tengah Russia sejak Oktober lalu, lapor media negara itu semalam. Mereka enggan keluar sehingga hari kiamat yang diramalkan berlaku pada Mei dan dilaporkan minggu ini dilaporkan dibawa keluar oleh pihak polis. Seorang pegawai tempatan berkata tujuh wanita itu dipujuk keluar selepas Pyotr Kuznetsov, pemimpin kumpulan itu yang menjalani rawatan sakit jiwa atas arahan mahkamah dibawa ke tempat kejadian untuk memujuk mereka. “Tujuh daripada mereka keluar dan semua adalah wanita,” lapor agensi berita yang memetik Timbalan Gabenor wilayah Penza, Oleg Melnichenko. “Mereka semua masih hidup dan sihat dan tidak perlukan rawatan perubatan.” Beliau berkata pihak berkuasa bersetuju memindahkan wanita dari gua itu ke rumah Kuznetsov di sebuah kampung berhampiran. “Wanita itu yang keluar akan terus mengasingkan diri sehingga Mei di mana hari kiamat sepatutnya berlaku. Itu syarat yang kami janjikan kepada mereka.” - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan