16 Mac 2008

Manfaatkan Markas Kita


Oleh osmaismail"
PR12 baru melabuhkan tirainya. Sudah diumumkan tentang parti yang memerintah dan menjadi pembangkang. Adat pertandingan ada yang tewas ada yang menang walaupun kita ketahui untuk memperoleh kemenangan pelbagai unsur telah dimasukkan. Adakah dengan berlabuhnya tirai PR12 tugas kita sudah selesai?Perjuangan dalam Islam iaitu untuk menegakkan amal maaruf nahi mungkar tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung badan. Bertitik tolak dengan amal maaruf nahi mungkar ini timbul satu idea untuk mengoptimumkan penggunaan markas yang kita jadikan 'port' untuk menghadapi PR12 dulu. Markas yang kita kunjungi saban malam sebaik diumumkan pembuburan Parlimen kini sudah menjadi sepi. Pinggan - mangkuk, sampah, cebisan bendera memenuhi sebahagian dari markas kita. Apakah kekalahan menyebabkan kita patah semangat? Dimana semangat pejuang Islam ? Ayuhlah ketua - ketua markas kita, mulakan aktiviti untuk menghidupkan markas kita di samping membina jati diri sebagai umat Islam yang sentiasa cintakan pada ilmu. Golongan muda yang baru berjinak untuk mendekati Islam jangan kita pinggirkan. Segera kita wujudkan suasana keilmuan di dalam markas selain dari masjid dan surau. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan menayangkan ceramah - ceramah agama. Kini pelbagai bahan ceramah yang dijual boleh di beli dan dimanfaatkan sepanjang tahun sehinggalah PR13. Binalah satu jadual tayangan yang tidak membosankan kaum muda ini umpamanya 2 kali seminggu. Manfaatkan masa tayangan ini ketika berada di markas selama 2 kali ini. Wujudkan satu struktur organisasi markas untuk melicinkan perjalanan aktiviti markas kita. Mewujudkan budaya kerja dalam markas. Pelbagai aktiviti yang mendatangkan pendapatan samada kepada parti ataupun ahli parti untuk menjana pendapatan di sini. Kelas - kelas tambahan untuk anak - anak ahli yang menghadapi peperiksaan boleh dimanfaatkan di sini. Sayang rasanya markas yang kita kunjungi saban malam dulu kini terbiar sepi umpama kubur. Jadikanlah markas kita sentiasa hidup dengan aktiviti - aktiviti yang dapat menjana jati diri kita sebagai umat Islam yang bermaruah. Tugas kita belum selesai sebenarnya..."

Tiada ulasan: