14 Mac 2008

Rais Penderhaka

Oleh sofiwahab

"Ahli Parlimen Jelebu, Rais Yatim Khamis lalu mengeluarkan kenyataan yang biadap terhadap Raja-raja Melayu. Kenyataan beliau disiarkan di media pengampu BN semalamDalam kenyataannya, Rais berkata, sepatutnya sultan atau raja melihat kepada satu parti yang beroleh kerusi yang paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melantik siapa Menteri Besar.''Sultan memang berkuasa untuk menentukan siapa yang menjadi Menteri Besar dan ia adalah satu-satunya kuasa diraja yang masih kekal,'' ujar beliau. Rais berkata, di Perak, sultan boleh mengambil salah seorang wakil parti yang dianggap mencapai majoriti kepentingan dalam Dewan Undangan Negeri. ''Kalau ambil dari parti yang kecil kerusinya, ia adalah salah dari segi amalan demokrasi Westminster,'' ujarnya. Mengulas mengenai konflik pelantikan Menteri Besar dan pembentukan kerajaan di Perak, beliau berkata, keadaan itu berlaku akibat kesilapan pihak yang memberi nasihat kepada sultan. Kenyataan di atas membuktikan bahawa Rais memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu dan penasihat-penasihat baginda. Saya mencadangkan supaya Rais dikenakan tindakan seperti melucutkan pingat yang diterimanya dari Raja-raja Melayu kerana jelas kenyataan Rasi benar-benar biadap dan memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu. Saya juga menggesa Rais menarik balik kenyataan menghina Paduka Sultan Perak ini secara bertulis dan memohon maaf dengan serta merta. Sofi Wahab Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Tiada ulasan: