Salmiyah Harun Mon Mar 03, 08 1:53:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - KeADILan membantah keras perbuatan tidak bertanggungjawab pihak Umno, terutama sekali sayap pemudanya yang mempergunakan budak-budak nakal untuk mengoyak poster dan membuang bendera calon KeADILan di Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Ismail. Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, berkata, budak-budak nakal yang dipergunakan Umno kebanyakannya terdiri dari mat rempit.
Dr Syed Husin berkata, Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda Umno selalu melaungkan slogan "Gempur" ternyata sekali mereka menggalakkan ahli-ahli mereka supaya menggempur parti-parti lawan. "Nampaknya, mengoyakkan poster dan membuang bendera parti-parti lawan adalah satu cara gempur yang mereka galakkan," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mempersoalkan inikah jenis pelajaran yang hendak diberikan oleh Dato' Hishamuddin Hussein dan Khairi Jamaluddin kepada anak-anak nakal dari golongan mat rempit. Katanya, pihaknya mendapat tahu perbuatan mengoyak poster dan menurunkan bendera parti-parti lawan ini pernah berlaku di kawasan lain di mana calon KeADILan bertanding. Bahkan dakwanya, ada anggota-anggota KeADILan yang dipukul dan dicederakan apabila cuba mempertahan poster dan bendera calon mereka. Dalam beberapa kes KeADILan telah membuat laporan polis malangnya pihak polis tidak mengambil tindakan bahkan ada kalanya tidak mahu menerima laporan. "Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak polis ini sangat mengecewakan," katanya. Justeru, beliau menggesa supaya SPR dan Polis menjalankan tugas mereka dan bertindak profesional dan tegas untuk memastikan bendera dan poster calon dari semua parti tidak dirosakkan oleh mana-mana pihak. Oleh kerana perbuatan nakal ini berlaku dengan agak meluas di Permatang Pauh, beliau menyeru supaya perhatian khusus dilakukan ke atas kawasan itu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan