14 April 2008

AKTIFKAN KELAB PENYOKONG PAS (KPP)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil meluluskan usul supaya Kelab Penyokong PAS Melaka diaktifkan dengan segera bagi menggerakkan aktiviti mendekati rakyat bukan Melayu.Usul yang diterima sebulat suara tersebut dibentangkan oleh Jawatankuasa PAS Cawangan (JPC) Taman Merdeka. Ketika membentangkan usul tersebut, wakil cawangan tersebut Affandy Abdul Wahab menegaskan bahawa tanpa Kelab Penyokong PAS agak sukar untuk menggerak aktiviti mendekati golongan bukan Melayu di Melaka."Kejayaan kelab ini dinegeri-negeri lain akhirnya membuahkan hasil dimana masyarakat bukan Melayu tidak lagi takut untuk mendekati PAS malah berani menjadi calon PAS dan mengundi PAS"."Amat malang kita Melaka, gagal menggerakkan Kelab ini, kita mesti bertindak cepat agar momentum sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihanraya yang baru lalu dapat dikekalkan" kata Affandy ketikan membentang usul tersebut.Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang berlangsung di Pejabat PAS Bukit Katil telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.

Tiada ulasan: