Azamin Amin | Foto Nasir Sudin Tue | May 27, 08 | 11:42:07 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama. Tinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen. Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung. "Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki. "Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu. Katanya insiden ini juga melambangkan secara tidak langsung sikap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah yang hilang wibawa dan tidak menghormati suara rakyat yang memilih ahli parlimen dan wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada PAS, KeADILan dan DAP sebagai pemimpin mereka. |
28 Mei 2008
Wakil rakyat, Speaker DUN Kedah 'dipaksa' berjalan kaki ke Parlimen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan