04 Jun 2008

KHAIRY KEKAL DI REMBAU

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menolak petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum kerusi Parlimen Rembau, yang telah dimenangi oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.Petisyen telah difailkan pada 25 April lalu oleh anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali “Chegu Bard” dalam ruangan blog.Khairy yang bertanding buat kali pertama menang kerusi itu dengan majoriti 5,746 undi. Petisyen tersebut merupakan antara kes yang difailkan di mahkamah di seluruh negara berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.
Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menolak petisyen dengan kos sambil mengatakan bahawa terdapat banyak kecacatan dalam petisyen dikemukakan.Antaranya kata beliau, pemetisyen gagal untuk membuktikan wujudnya sebarang penyimpangan yang berkemungkinan telah mengubah keputusan pilihan raya umum kerusi tersebut.Petisyen yang dikemukakan mendakwa wujudnya beberapa penyimpangan ketika proses penjumlahan undi termasuk percanggahan dalam jumlah kertas undi yang dikeluarkan.Malah, Badrul juga mendakwa bahawa beliau tidak menerima Borang 14, yang menyenaraikan jumlah pengundi bagi setiap pusat pengundian.

Tiada ulasan: