05 Julai 2008

BANYAK SANGAT MASALAH DUN DUYONG NIE.. YB TIDO KE

DUYONG, 30 Jun - Masalah longkang tersumbat yang berlaku di beberapa kawasan termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong perlu diberikan perhatian yang serius serta diambil tindakan segera.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, masalah tersebut didapati kerap berlaku dan ianya telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hendaklah sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap kontraktor yang bertanggongjawab.
"Selepas ini kita tidak mahu dengar lagi rungutan dan aduan orang ramai berhubung dengan perkara itu akibat kecuaian kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembersihan sehingga menyebabkan kerap berlakunya banjir kilat,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).Latiff berkata demikian selepas melakukan lawatannya ke beberapa longkang di Semabok di sini pagi tadi setelah menerima banyak aduan dari penduduk setempat berhubung perkara itu.Ahli PBT MBMB bagi DUN Duyong, Naza @ Uda Abu Bakar berkata, masalah seperti itu pernah dilaporkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Semabok kepadanya, baru-baru ini."Masalah tersebut telah diambil tindakan oleh kontraktor yang terlibat dan ada di antara masalah itu berpunca dari pembuangan sampah oleh segelintir penduduk di situ selain kawasan persendirian yang dipenuhi semak samun menyebabkan air longkang tidak dapat mengalir secara betul,"katanya lagi.Hadir sama, Setiausaha Japerun DUN Duyong, Abd.Rahim Othman; Setiausaha Japerun DUN Telok Mas, Kamaruddin Sahari; Pengerusi JKKK Semabok, Harith Montok; Pegawai Khas kepada ADUN kawasan, Zakaria Tompang dan Pegawai Tempatan (PT) PBT di DUN itu, Norman Taib.

Tiada ulasan: