PP: Satu kempen untuk menggalakkan orang ramai menaiki basikal akan diadakan di sebelah pulau negeri ini akhir bulan ini.Ia dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dan Persatuan Berbasikal Pulau Pinang pada 27 Julai ini.Kempen sejauh 12 kilometer kali ketujuh itu akan bermula di hadapan Bangunan Tuanku Syed Putra dan melalui beberapa jalan di sekitar Georgetown seperti Lebuh Pantai, Lebuh Chulia, Jalan Penang, Jalan Anson, Jalan Pangkor dan Jalan Sultan Ahmad Shah sebelum kembali semula ke tapak permulaan.
Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata, lebih 1,000 peserta dijangka terlibat dalam kempen itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar sekolah.Katanya orang ramai yang ingin mengambil bahagian boleh mendapatkan borang penyertaan daripada pejabat KPDNHEP, Pejabat CAP, Persatuan Berbasikal Pulau Pinang dan 35 buah kedai basikal.Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Julai dan para peserta akan diberi sehelai baju-T serta sijil penyertaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan