10 Julai 2008

Perjanjian Pangkor 2 : Pas Kena Muhasabah Balik ??

Perak - Ahli-ahli parti PAS perlu bermuhasabah diri dan merenung dasar perjuangan parti itu sekiranya benar wujud 'Perjanjian Pangkor 11' seperti yang didedahkan oleh Abang Menteri Besar Perak, Fadzil Jamaluddin, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Pangkor Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata,ia kerana prinsip perjuangan parti berkenaan yang bermatlamat melaksanakan undang-undang Islam telah terhapus sama sekali dengan perjanjian tersebut. Dato' Dr. Zambry berkata demikian kepada media selepas Majis Penyatuan Melayu anjuran Pergerakan belia 4B Perak di Pengkalan Baharu, Beruas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebelum ini dikatakan menandatangani 'Perjanjian Pangkor 11' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang beliau menyebut Negeri Perak diperintah oleh Islam. Perjanjian berkenaan juga dikatakan tidak membenarkan Menteri Besar itu menyebut terma-terma politik yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud dan Qisas.
Mengulas lanjut Dato' Dr. Zambry berkata Dato' Seri Mohammad Nizar pada Sidang Dewan Undangan negeri Perak baru-bar ini juga secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil Barisan Nasional (BN) mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangakan PAS selama ini. Menteri Besar itu secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam memang tidak terdapat di dalam perlembangaan PAS. Apabila wakil-wakil rakyat BN menunjukkan kepada beliau mengenai perjuangan negara Islam di dalam perlembangaan PAS, Menteri Besar enggan berkata apa-apa.

Tiada ulasan: