PUTRAJAYA 16 Sept. - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Terengganu kekal milik calon Pas, Datuk Harun Taib apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional (BN), Wan Sagar Wan Embong.Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alaudin Mohd. Sheriff dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan petisyen Wan Sagar.
Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakimannya sebentar tadi antara lain menyatakan, Mahkamah Tinggi betul ketika memutuskan demikian kerana dakwaan rasuah dalam petisyen itu tidak merujuk secara tepat sama ada ia dilakukan oleh Harun atau orang lain dengan pengetahuannya.Oleh itu, beliau menyatakan, fakta ringkas mengenai dakwaan berlakunya perbuatan rasuah seperti yang terkandung dalam petisyen Wan Sagar tidak mencukupi untuk mengaitkannya dengan ejen Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan