Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari kedua, hari ini, kecoh kira-kira setengah jam apabila wakil rakyat pembangkang cuba mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, atas dakwaan terbabit dengan politik wang.
Usul itu cuba dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San, sebaik persidangan disambung semula kira-kira jam 11.35 pagi selepas berhenti rehat. Bagaimanapun, cadangannya itu ditolak Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad.
Susulan itu, berlaku pertikaman lidah membabitkan sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang. Dalam kekecohan yang kelihatan hampir tidak terkawal itu, pelbagai isu termasuk mesyuarat bawah pokok di Perak dan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dibangkitkan. Kekecohan itu hanya selesai selepas Speaker meminta Mohd Ali meneruskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, kira-kira jam 12.12 tengah hari.Terdahulu, ucapan itu juga tertangguh dua kali, selepas Ketua Menteri turut terjebak dalam pertikaman lidah berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan