30 Disember 2009

BARISAN DI AKHIRAT ... BARISAN NASIONAL ???

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN

[Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."


BARISAN KESEPULUH

[Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS

[Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."


BARISAN KEDUA BELAS

[Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan kedua belas....kesipmpulannya Barisan Nasional tak termasuk daripada 12 barisan yang telah disebutkan. Oleh yang demikian fikir-fikirkan

HUBUNGAN MATA DENGAN FIKIRAN

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusa:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikiranya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap ia sangat tajam luar bisa dalam sesuatu bidang. sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. dan orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar pelbagai bidang kat dunia ini.

2. Jika renunganya matnya tajam macam renungan mata harimau orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

3. mata sering berkedip seolah2 ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu, so kalau nak tipu cari orang macam ini. Ini kerana processor otak dia selalu hang, sebab dia PC versi lama.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikiranya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tamahan atau watak orang kampung dalam filem hindustan.

5. Jika seseoarng memiliki mata yang kecil, tajam renunganya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya wow orang ini sangat hebat dan memiliki sifat extrem sama bijak dan sangat jahat atau bijak sangat baik dan sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah2 nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang jepun memilikinya.

7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

8. Jika matanya terbeliak macam mata mengkarung maka orang ini agak tohol sedikit pemikiranyanya, dan memang tak bijak tapi kalau bab sex dia pandai kot dan kurang bermoral sikit, kalau bercakap main sembur jee dan tak fikir panjang, dan akan bertambah teruk jika besar dan kerap berkedip.

9. jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga2 orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu tapi kalau bab kencing orang kuat kot. sukar percaya dan dibuat kawan.

10. JIka matanya juling (mata tembak burung)biasanya orang ini memilki banyak sifat jahat dari baik, antaranya kuat mencuri dan kita sukar sekali mengesanya kerana kita sukar trace ia melalui body language mata. dan susah dipercayai dari segala aspek. Jika dia jahat maka jauhkan diri. Tetapi jangan sesekali curiga pada manusia mata juling horizontal ini, kerana jika dia mempunyai akhlak baik dan berpelajaran mata ini adalah umpama mata normal dan dia juga good man. jangan sesekali curiga.

11. Jika mata dia condong kebawah atau keatas yakni aku istilahkan sebagai juling vertical. Jika condong keatas maka orang ini kurang bijak dan mempunyai akhlak dan pergaulan yang buruk. dan cenderunh jahat.
jika condong kebawah orang ini lemah tenaga pemikiranya dan susah menyelesaikan masalah dan agak bebal. dan budipekerti kurang elok

tapi ingat jangan selalu berperangsaka negatif yang keterlaluan pada orang macam ini, kerana semua ini atas kehendak Allah. sebab ralat tetap wujud

JUTAWAN ALQURAN ??

Assalamu’alaikum …

Sekiranya anda “subscribe” ke mymasjid@yahoogroups.com, anda akan menerima emel ini sebagai “welcome email”. Dewasa ini banyak sangat SPAM yang dihantar ke mymasjid@yahoogroups.com. Kebanyakkannya nak mencari kekayaan dengan teknik dari Barat. Padahal Allah dah ceritakan teknik yang sepatutnya di dalam Al-Quran. Copy ini dan sebarkan kepada semua orang.

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

05 Disember 2009

MASIH ADAKAH LAGI SEMANGAT JEBAT

Jika dahulu Jebat dianggap sebagai penderhaka, tapi kini Jebat dianggap sebagai pembela kebenaran. Demi kebenaran, dia sanggup berjuang menentang arus. Kata-kata keramatnya “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” telah mencetus aliran pemikiran baru masyarakat Melayu pada ketika itu.

Malangnya pada ketika itu, tidak ada kemudahan internet, media cetak, media elektronik dan forum khusus untuk Jebat menyatakan pendiriannya. Akhirnya riwayat Jebat ditamatkan oleh insan yang diperjuangkan olehnya. Jika peristiwa itu berlaku pada zaman kini, tidak mustahil demontrasi besar-besaran bakal dicatatkan dalam buku ‘Sejarah Melayu’ karangan Tun Sri Lanang itu.

Ternyata percaturan Hang Tuah silap bila dia membunuh Jebat. Tuah sepatutnya membunuh orang-orang seperti Karma Wijaya kerana golongan itulah yang telah banyak menabur fitnah dan menghasut Sultan. Tuah sepatutnya berpadu tenaga dengan Jebat dan bersama-sama menghancurkan pengkhianat sebenar di negeri Melaka. Malangnya itu tidak terjadi.

Tuah gagal mempelajari sesuatu daripada tindakan Bendahara yang sanggup melanggar titah Raja demi membela kebenaran. Bendahara mengambil keputusan untuk menyembunyikan Tuah dan bukan membunuhnya. Jika benar prinsip Tuah hanya menjunjung titah raja, kenapa bila dirinya sendiri difitnah, Tuah akur juga pada kehendak Bendahara? Kenapa Tuah tidak mengajukan perbuatan Bendahara itu kepada Raja?

Akhirnya negeri Melaka yang masyhur itu dapat dihancurkan dengan mudah oleh penjajah. Karma Wijaya, Awi Dicu dan orang-orang yang seperangai dengannya telah menghancurkan kekuatan Melaka. Sehingga kini, orang-orang seperti Karma Wijaya dan Awi Dicu itu masih lagi wujud dalam topeng yang berbeza. Sudah tiba masanya semangat Jebat dikembalikan semula.

Kenapa Rakyat Melaka Tak berani Buat macam nie ??

KOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya.

“Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah.

“Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya.

Mengulas perhimpunan hari ini, beliau berkata ianya menggambarkan demontrasi yang begitu hebat.

“Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar.

“Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya.

Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan.

“Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar.

“Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

“Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan. Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974.

“Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru.

“Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita. Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya.

Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain, beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat.

“Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma. Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri.

“Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN.

“Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar.

Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan.

Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya.

Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar.

Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009.

“Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya.

01 Disember 2009

UMNO SUDAH BUSUK .. BUSUK LAGI MENJIJIKKAN

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

SUMBER : CHEDET

TIADA HIJAB DOA ORANG YANG DIZALIMI

Doa orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah S.W.T. Jangan sekali-kali memperlekehkan doa orang yang zalim.Malangnya ada Menteri Umno yang mempersenda-sendakan doa Tok Guru dengan menyatakan Tok Guru Nyanyuk dan sebagainya. Tidak takutkah mereka kepada doa orang yang dizalimi.Allah sendiri mengutuk dan melaknat orang yang zalim dan jahat. Kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

(Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .)

Sumber : Episode Sebuah Perjuangan.

Pandangan KDPPNM: BTN PROKSI BN

Kecoh bila kerajaan Selangor tak benarkan kakitangannya menyertai kursus BTN. Saya pada dasarnya amat setuju kerana hasil pengamatan saya tak ada menfaatnya BTN ni kecuali menanamkan assobiyah perkauman melayu serta menghabiskan duit rakyat. Kalau nak katakan BTN dapat melahirkan negarawan, tak tahulah saya ....... mungkin orang macam Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Seri Khir Toyo dan yang sewaktu dengannya boleh jadi juga.... hasil BTN yang terbaik setakat ini saya rasa ialah Datuk Ibrahim Ali !!! kalau beri dia pangkat Tun pun patut juga ......
Kalau buat reforendum rakyat, saya rasa semua setuju tukar nama BTN kepada Biro Tatabahasa Negara kerana pemimpin BN ramai yang reti bahasa....... Saya cadangkan semua negeri - negeri Pakatan Rakyat baikot BTN, biar ahli UMNO aja yang menyertai.