Jika dahulu Jebat dianggap sebagai penderhaka, tapi kini Jebat dianggap sebagai pembela kebenaran. Demi kebenaran, dia sanggup berjuang menentang arus. Kata-kata keramatnya “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” telah mencetus aliran pemikiran baru masyarakat Melayu pada ketika itu.
Malangnya pada ketika itu, tidak ada kemudahan internet, media cetak, media elektronik dan forum khusus untuk Jebat menyatakan pendiriannya. Akhirnya riwayat Jebat ditamatkan oleh insan yang diperjuangkan olehnya. Jika peristiwa itu berlaku pada zaman kini, tidak mustahil demontrasi besar-besaran bakal dicatatkan dalam buku ‘Sejarah Melayu’ karangan Tun Sri Lanang itu.
Ternyata percaturan Hang Tuah silap bila dia membunuh Jebat. Tuah sepatutnya membunuh orang-orang seperti Karma Wijaya kerana golongan itulah yang telah banyak menabur fitnah dan menghasut Sultan. Tuah sepatutnya berpadu tenaga dengan Jebat dan bersama-sama menghancurkan pengkhianat sebenar di negeri Melaka. Malangnya itu tidak terjadi.
Tuah gagal mempelajari sesuatu daripada tindakan Bendahara yang sanggup melanggar titah Raja demi membela kebenaran. Bendahara mengambil keputusan untuk menyembunyikan Tuah dan bukan membunuhnya. Jika benar prinsip Tuah hanya menjunjung titah raja, kenapa bila dirinya sendiri difitnah, Tuah akur juga pada kehendak Bendahara? Kenapa Tuah tidak mengajukan perbuatan Bendahara itu kepada Raja?
Akhirnya negeri Melaka yang masyhur itu dapat dihancurkan dengan mudah oleh penjajah. Karma Wijaya, Awi Dicu dan orang-orang yang seperangai dengannya telah menghancurkan kekuatan Melaka. Sehingga kini, orang-orang seperti Karma Wijaya dan Awi Dicu itu masih lagi wujud dalam topeng yang berbeza. Sudah tiba masanya semangat Jebat dikembalikan semula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan