06 Disember 2007

Demonstrasi : Hishamuddin lupa sejarah datuknya (Onn Jaafar)

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mengaitkan demonstrasi dengan penglibatan parti pembangkang adalah satu kenyataan yang jelas menggambarkan kecetekan ilmu beliau sebagai seorang pemimpin sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpendirian dalam amalan demokrasi, tidak wujud sebarang istilah 'demonstrasi jalanan'.Ini kerana demonstrasi dan perhimpunan aman itu sendiri adalah merupakan satu amalan yang bertepatan dengan roh demokrasi anutan Malaysia, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam satu kenyataannya hari ini. Sayang sekali fakta ini menjadi kabur di hadapan pemimpin Umno-BN yang hanya tahu bahawa demokrasi itu adalah sekadar mengadakan pilihan raya, tetapi tidak kepada kebebasan berhimpun dan bersuara, katanya. Perhimpunan aman adalah amalan biasa di negara-negara maju dan membangun yang mengamalkan demokrasi, termasuklah Australia, News Zealand, England dan Amerika Syarikat sendiri, katanya. Cuma di negara Islam Hadhari ini, ia menjadi janggal di mata pemerintah Umno-BN, katanya. Hishamuddin yang menggesa parti-parti pembangkang untuk menyatakan pendirian wajar menanyakan soalan yang sama kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kerap terlibat dengan demonstrasi dan tunjuk perasaan, katanya. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan pendirian beliau bagi pihak KeADILan, demikian juga PAS melalui Presidennya Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kenyataan-kenyataan ini digelapkan media dan diputarkan mengikut nafsu politik pemerintah, katanya.Rakyat tidak pernah lupa dengan aksi jalanan Pemuda Umno sewaktu membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice pada Julai 2006 dan sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Ijok pada Mei 2007, katanya. Selain itu tidak ketinggalan usaha 'solidariti' Pemuda Umno pimpinan Naib Ketua Pemudanya sewaktu bersama-sama membantah junta tentera Myanmar yang dianjurkan oleh 14 NGO belia dan parti politik pada 1 Oktober 2007 lepas, kata Shamsul, katanya. AMK percaya, parti-parti pembangkang termasuklah KeADILan tidak akan gentar menyatakan sokongan kepada mana-mana rakyat untuk melaksanakan hak demokratik mereka untuk berhimpun secara aman untuk menyatakan pendapat mereka tanpa sebarang provokasi pihak pemerintah. AMK berminat untuk menyarankan Hishamuddin memantapkan diri beliau dengan ilmu mengenai apa itu demokrasi, dan kembali membuka lembaran sejarah untuk belajar daripada tokoh Melayu terawal yang memperkenalkan budaya demonstrasi di kalangan rakyat Tanah Melayu, iaitu Almarhum Dato' Onn Jaafar.Moga Hishamuddin tidak menyesal menjadi cucu Dato' Onn Jaafar di sebalik penentangan beliau ke atas hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman," kata Shamsul Iskandar sinis.

Tiada ulasan: