kerajaan telah mempelawa firma pembinaan untuk mengemukakan tender bagi membina kira-kira 300 buah rumah dan kedai di kawasan yang dikenali sebagai Har Homa oleh Israel dan Abu Ghneim oleh Palestin di Baitulmaqdis.Ahmed menggesa Washington campur tangan untuk menyekat rancangan tersebut.“Tindakan ini terang-terangan mencabuli segala persetujuan di Annapolis.“Kami menuntut Israel membatalkan keputusan ini kerana tidak akan wujud proses damai jika mereka meneruskan aktiviti pembinaan kawasan penempatan Yahudi,” kata Ahmed.Perbalahan terbuka itu adalah pertama antara Israel dengan Palestin sejak Bush mendapat persetujuan kedua-dua pihak bagi melancarkan semula rundingan damai rasmi di Annapolis, Maryland minggu lepas. Bush telah menyumbangkan banyak tenaganya sendiri untuk memajukan proses damai sebelum beliau berundur dari White House dalam masa setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan