06 Disember 2007

Bala' Jangan Di Cari ...


PORTLAND 5 Dis. – Pasukan Pengawal Kebangsaan telah memindahkan mangsa-mangsa banjir di sebuah bandar kecil di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) selepas kawasan barat laut di negara itu di landa ribut kencang yang mengorbankan lima nyawa.Jurucakap Pasukan Pengawal Udara Oregon, Mejar Mike Braibish semalamberkata, ribut itu yang mengganas sejak kelmarin, telah membawa bersama-sama angin kencang dan hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa ratus buah rumah dinaiki air, pokok-pokok tumbang dan jalan-jalan utama tersekat.Braibish berkata, rakit-rakit getah telah digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir di bandar Vernonia, yang terletak di tebing Sungai Nehalem kira-kira 56 kilometer ke barat laut Portland di negeri Oregon.Beliau menambah bahawa bandar Vernonia, yang mempunyai kira-kira 2,300 penduduk, telah terputus hubungan apabila jalan-jalan utamanya tersekat akibat tanah runtuh.Ribut berkenaan juga menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk bergelap apabila bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan, katanyaGabenor negeri Washington dan Oregon telah mengisytiharkan keadaan darurat bagi mempercepatkan usaha-usaha pemulihan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.Di Centralia, Washington, polis menggunakan bot-bot kecil untuk memindahkan penduduknya apabila kawasan kediaman mereka dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Chehalis.Limpahan air sungai itu juga menyebabkan Interstate 5, iaitu laluan utama utara-selatan di sepanjang pantai barat, ditutup dekat Centralia kerana dinaiki air setinggi tiga meter.
Seramai 130 penduduk telah diselamatkan dengan helikopter di kawasan-kawasan lain di negeri Washington, apabila beberapa batang jalan utama tersekat akibat dinaiki air dan juga akibat tanah runtuh.Kejadian ribut itu berlaku hanya sehari selepas satu lagi ribut melanda kawasan yang sama Ahad lalu.Ribut pertama itu telah bergerak ke kawasan banjaran tinggi yang merangkumi kawasan dataran di utara dan kawasan tengah sebelah utara yang diramalkan membawa salji lebat.

Tiada ulasan: