06 Disember 2007

Penghapusan Etnik atau Masuk Secara Haram ???

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian India di Universiti Malaya hari ini menganggap tuduhan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar bahawa kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik kaum India sebagai karut.G. Sivapalan berkata, adalah tidak benar bahawa kuil Hindu dimusnahkan pada setiap tiga minggu di negara ini sambil menambah kata bahawa jika perkara itu berlaku kuil-kuil Hindu tidak lagi wujud dalam tempoh lima tahun.Merujuk kepada pencerobohan Kuil Mariamman di Padang Jawa, Shah Alam, bulan lepas, beliau berkata, perkara itu seharusnya diusul kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHST) serta Hindu Sangam Malaysia.Sambil menyambut baik usaha-usaha yang dilakukan Biro Pendidikan MIC yang diketuai Prof. Datuk Dr. T. Marimuthu, Sivapalan berkata, masih banyak ruang boleh dilakukan untuk membantu kaum India yang layak.Satu daripadanya adalah mengurangkan kadar perkhidmatan yang dikenakan kepada peminjam oleh Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), katanya.Sementara itu, seorang pemimpin Hindraf kini berada di Chennai, India untuk cuba mendapatkan campur tangan kerajaan India terhadap apa yang didakwa sebagai layanan buruk terhadap kaum India di Malaysia.P. Waythamoorthy, seorang peguam, berkata oleh kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada India, Perdana Menteri India, Manmohan Singh harus membantu kaum India di Malaysia.“Masalah kaum India bukan masalah dalaman Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Menteri Luar India, Shivashankar Menon bagaimanapun berkata, kerajaan India mengakui isu itu adalah masalah dalaman Malaysia.

Tiada ulasan: