06 Disember 2007

Isu salib di sekolah Umno mahu babitkan PAS ??

Baru-baru ini di Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Noh Omar memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat menurunkan salib di sekolah-sekolah "missionary" yang diasaskan oleh pihak gereja. Ini lanjutan rungutan yang dikemukakan oleh wakil Umno (BN) dari Parit Sulong, Syed Hood Syed Edrus, yang mahukan sekolah-sekolah seumpama ini menurunkan salib dan patung di sekolah-sekolah berkenaan serta memutuskan terus hubungan gereja dengan sekolah-sekolah ini kerana bimbangkan pengaruh dari pihak gereja antarabangsa. Kata beliau adalah mengaibkan yang masih ada lagi sekolah-sekolah dalam sebuah negara Islam seperti kita ini yang terus dipengaruhi oleh pihak gereja.Gesaan Syed Hood itu turt disokong oleh wakil Umno (BN) dari Sri Gading Mohammad Aziz.Walauabagaimanapun menurut laporan yang diterima semasa Timbalan Menteri berkenaan memberikan penjelasan tersebut, kedua-dua ahli berkenaan tidak berada di dalam dewan.Dan hari ini Syed Hood, apabila didatangi pemberita, dah bagaikan nasi disiram air, lembut dan lembik. Kata beliau, isu ini dibangkitkan atas kehendak rakyat yang diwakilinya. Beliau sekadar mahukan penjelasan dan malah berterima kasih atas sumbangan sekolah-sekolah ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.Cuma masalahnya Syed Hood ini dengan sengaja cuba mengalihkan perhatian masyarakat bukan Islam terhadap beliau apabila beliau berkata (sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini):PAS would play up the issue if no proper explanation was given. PAS akan memainkan isu ini jika tidak ada penjelasan diberikan.Lihatlah betapa jahatnya pemimpin Umno. Ketika mereka tersepit, mereka akan membabitkan orang atau pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan onar bikinan mereka. Mengapa heret PAS pula dalam isu ini? Seingat saya PAS tidak pernah sekalipun membangkitkan berkenaan isu ini kerana percaya pada kebebasan pendidikan.Malah saya teringat baru-baru ini Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr. Hu Pang Chow ada menceritakan berkenaan satu insiden yang melibatkan salah sebuah gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu iaitu Church of Our Lady Fatima (kebetulan penulis mendapat didikan peringakt tadika pada tahun 1969 di tadika kelolaan gereja berkenaan, ketika itu ayah penulis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan).Kata beliau, pernah pada satu hari Tok Guru MB bertanya melalui Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada. Kata Sdr Hu, Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak samada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah Sdr Hu pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.Ringkasnya begitulah prihatinnya kerajaan PAS terhadap rumah ibadat agama lain, jadi kenapa dalam hal ini ahli parlimen Umno ini gelabah mahu melibatkan PAS pula? Kalau dah salah tanggung sendiri, jangan capai dan gagau pihak lain lantaran kelemahan dan kesingkatan fikiran kita sendiri. Begitulah Umno!

Tiada ulasan: