06 Disember 2007

Tawar seks kepada pegawai Jaim

MELAKA: Seorang lelaki berlagak wanita (pondan) tidak menyangka dua lelaki yang ditawarkan seks sebenarnya adalah pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).Berikutan itu, lelaki berusia 39 tahun itu terus dicekup dan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah, Ayer Keroh, dekat sini, pagi semalam.Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam di stesyen bas lama, Jalan Tun Ali, dekat sini, apabila dua pegawai terbabit sedang menunggu rakan setugas untuk mengadakan operasi mencegah maksiat di kawasan berhampiran.Dua pegawai terbabit yang berpakaian preman dan masih memakai topi keledar duduk mencangkung di kawasan gelap.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata seorang lelaki yang memakai skirt di paras peha serta baju tanpa bertutup di bahagian bahu menghampiri mereka dan menawarkan khidmat seks.Menurutnya, lelaki itu menawarkan dua khidmat seks dengan bayaran RM20 dan RM30.Katanya, pegawai berkenaan kemudian terus menahan lelaki itu sebelum dia terus menawarnya khidmat seks kepada mereka.Berdasarkan rekod, lelaki terbabit sudah empat kali dicekup dan pernah dihukum penjara kerana kesalahan berlagak seperti perempuan.Beliau berkata, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 72, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991 kerana lelaki berlagak wanita."Lelaki itu dikenakan denda RM1,000 dan lima bulan penjara bagi kesalahannya itu. Bagaimanapun, dia gagal menjelaskan bayaran dan terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam bulan lagi," katanya.Operasi mencegah maksiat itu diketuai oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Muhamad Yahu Safat Ishak dengan disertai lapan anggota penguat kuasa Jaim serta dua anggota polis.Katanya, operasi selama empat jam itu bermula jam 11.45 malam itu tertumpu di kawasan Jalan Tun Ali, Jalan Kilang dan Jalan Tun Mamat.Rahimin berkata, operasi yang dilakukan semalam adalah untuk mencegah kegiatan lelaki berlagak wanita yang aktif di kawasan terbabit pada sebelah malam.Menurutnya, pihak Jaim akan mempergiatkan operasi dan pemantauan di kawasan terbabit bagi mencegah kegiatan songsang berlaku di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: