KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Sejak berlaku beberapa perhimpunan aman yang diadakan atas kesedaran rakyat, pimpinan kerajaan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mula memainkan isu kononnya keamanan dan keselamatan negara semakin terancam.Lantaran itu, banyak tangkapan dilakukan melibatkan pemimpin parti politik, pemimpin NGO dan aktivis hak-hak asasi manusia walaupun dalam kebanyakan himpunan aman yang dianjurkan tiada setitis darah yang tumpah apatah lagi nyawa yang melayang, kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Tetapi dua hari lalu, negara dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan bas ekspres dan lori tangki yang berlaku di Plaza Tol Jelapang untuk sekian kalinya, katanya.
Kemalangan ngeri kali ini telah mengorbankan lapan orang rakyat yang tidak berdosa dan puluhan lain yang cedera parah, katanya dalam satu komentarnya hari ini.
"Masih segar dalam ingatan rakyat, kemalangan ngeri yang berlaku ditempat yang sama dan dalam situasi yang hampir sama yang berlaku dalam tahun 2007 juga dan telah mengorbankan sejumlah rakyat yang tidak berdosa," kata Taufek yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Pusat. Kemalangan ngeri di tempat yang sama ini telah berlaku sejak Plaza Tol Jelapang dibuka dan ia berulang beberapa kali sejak tahun 2001, katanya.
"Tiada siapa yang mengaku bersalah samada pihak PLUS , Menteri Kerjaya DatoĆ¢€™ Seri Samy Vellu mahupun Perdana Menteri Malaysia," katanya. Semuanya menyalahkan keadaan cuaca yang berjerubu, masalah pemandu kenderaan dan keadaan kenderaan yang tidak selamat, katanya. Mereka sama sekali tidak berasa bersalah atas nasib kaum keluarga yang tidak kehilangan insan yang tersayang, katanya. "Bagaimanakah keadaan mereka sekarang, tiada siapa yang peduli? Tidak seorang yang berani menyatakan kebertanggungjawapan mereka dan menzahirkan perasaan tersebut dengan mengambil tindakan meletak jawatan," katanya. Taufek yakin jika peristiwa yang sama berlaku di Jepun atau Korea , menteri dan Perdana Menteri akan meletak jawatan di kelemahan dan kecuaian pemerintahan mereka. Jika mereka tidak meletak jawatan, rakyat akan berhimpun bagi memaksa mereka meletak jawatan, katanya. Tetapi sikap pemimpin-pemimpin di negara maju ini tidak pernah dicontohi oleh pemimpin -pemimpin di Malaysia, katanya. Beginilah sikap pemimpin negara kita yang tidak peduli nasib rakyat dan tidak sedikitpun rasa bersalah atas kehilangan nyawa yang tidak boleh diganti dengan nilai jutaan ringgit sekalipun," katanya. "Saya yakin ramai yang bersetuju bahawa kemalangan kali ini dapat dielakkan jika kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi segala kelemahan dan faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini," katanya. Dalam pada itu Taufek juga melahirkan rasa kekesalan yang amat tinggi atas kenyataan Perdana Menteri sewaktu diminta memberi komen tentang penganjuran LIMA 07 yang berakhir baru-baru ini. Taufek menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa LIMA kali ini adalah yang terbaik sekali penganjuran dan Perdana Menteri berasa bangga atas kejayaan tersebut tanpa menyebut sedikit pun pengorbanan empat anngota TUDM yang terbunuh. Kenyataan ini sebenarnya mengguris perasaan keluarga empat orang anggota Skuad Payung Terjun TUDM yang terbunuh sewaktu latihan bagi pertunjukan majlis Perasmian LIMA 2007, katanya. Bagi Taufek, ini adalah penganjuran LIMA 2007 kali ini adalah yang terburuk sepanjang LIMA diadakan, katanya. "Akhirnya, kerana tiada harapan yang rakyat dapat disandarkan pada kepimpinan BN dalam mengharapkan penyelesaian di Plaza Tol Jelapang dan bagi memungkinkan tragedi buruk ini tidak berulang lagi di masa hadapan, kita menyeru rakyat berusaha menamatkan riwayat kerajaan BN dalam pilihan raya yang akan datang," katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan