07 Disember 2007

Orang berserban tak layak memimpin?"

Bila ramai yang berpendapat bahawa orang-orang yang berjubah dan berserban tidak layak menjadi pemimpin negara, maka kita pun tidaklah juga layak menggunakan otak yang sedia ada diruangan kepala kita itu lagi. Pemikiran-pemikiran ini sebenarnya sering menghantui diri mereka-mereka yang sudah dijajah pemahaman mereka tentang gelaran, setatus dan pendidikan orang-orang yang alim dalam agama itu sendiri.Kekadang kita lupa orang yang berkot, bertali leher dan mengepit fail itu juga tidaklah semuanya berpengetahuan tinggi dalam pendidikan. Kebanyakan professor-profesor, lulusan Phd, dan M.A itu pun tidaklah menonjol sesangat identiti mereka.Pemahaman sempit yang terbawa-bawa ini sepatutnya sudah lama perlu dikikis bahkan dalam masa yang sama kita sebenarnya termakan ideologi-ideologi dan hasutan dalaman pihak pro pemerintah bagi menggambarkan orang-orang yang berjubah seperti Tuan Guru Dato’ Nik Aziz, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan juga Dato’ Dr. Harun Din memang tidak layak untuk menjadi wakil-wakil rakyat atau Jawatan besar dalam kerajaan.Sebenarnya ahli-ahli pihak lawan tidak sedar tentang setatus pendidikan Ulama-ulama dalam Parti Ialam Semalaysia Pas itu sendiri. Yang Berhormat Dato’ Seri Presiden PAS sendiri adalah seorang yang berkelulusan lebih dari Ijazah Sarjana Muda iaitu M.A yang diperolehinya bahkan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz juga adalah hampir sama ketinggian kelulusan Ijazahnya. Sebenarnya orang-orang UMNO sendiri tahu atau memang tak tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak semestinya berkelulusan Phd.Pemikiran sempit yang cuba dibawa oleh pihak lawan sebenarnya memakan diri sendiri bahkan mereka tidak sedar Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga seorang pendakwah yang pada sebelumnya merupakan orang yang sangat berpengaruh walaupun dengan orang-orang Umno sendiri adalah berkelulusan Phd bahkan merupakan bekas Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Dr. Haron Din yang merupakan satu nama yang mudah di sebut bahkan di kalangan budak-budak kecil pun mengenali beliau.Kalau terlalu di pertikaikan sangat mengenai tentang Jubah dan pendidikan ini, adalah tidak adil untuk mengatakan pemimpin Arab pun berjubah. Tetapi biar orang-orang yang cetek pemikiran seperti Pengerusi SPR pun tahu mengenai hal ini.Bayangkan jika ulama-ulama di dalam PAS itu semuanya memakai pakaian-pakain yang dipuja oleh pihak lawan, takutlah pula kita untuk memberi tampuk pemerintahan islam ini. Sekurang-kurangnya sunnah nabi itu dapat membuatkan pemimpin-pemimpin yang diamanahkan itu sedar siapakah diri mereka. Bukan bila dah duduk tidak mahu pula turunnya."

Tiada ulasan: