07 Disember 2007

Rancangan Awal BN nak kukuh Kuasa Di Terengganu. Melaka ??

Batu Rakit, 5 Dis – UMNO Terengganu akan mengadakan semula pilihanaraya olok-olok pada 7 Disember akan datang setelah program yang sama dibuat pada 3 November lalu gagal. Pilihanraya olok-olok yang diadakan pada 3 November lalu melibatkan sejumlah 318 Unit Peti Undi (UPU) di seluruh negeri dengan mensasarkan 200 orang pengundi 'target' bagi setiap cawangan dapat keluar serta mengundi dalam pilihan raya 'olok-olok' (simulasi) tersebut.
Sasaran mereka pada 3 November adalah pengundi yang menerima wang ihsan, wang daripada jabatan kebajikan serta penjawat awam yang tidak mempunyai jawatan yang tetap. beberapa kawasan yang 'bermasalah' disediakan peruntukan membayar kepada pengundi-pengundi antara RM2 hingga RM50.00 seorang mengikut keadaan setempat.
Seorang ahli UMNO di kawasan Batu Rakit memberitahu Buletinonline, pilihanraya olok-olok yang dijalankan pada 3 November lalu, tidak dihadiri oleh pemilih sasaran dari kalangan Pemuda dan Puteri UMNO. Keadaan itu menyebabkan prestasi keluar mengundi yang meleset.
Selain dari masalah prestasi keluar mengundi, terdapat peti-peti undi yang tidak dapat melaksanakan pilihanraya ‘olok-olok’ 3 November lalu dengan lancar disebabkan perbalahan yang berlaku dikalangan cawangan dan DUN. Antaranya, pengerusi UPU Padang Midin telah ‘memboikot’ cawangan Padang Midin serta disisihkan dari menyertai program tersebut.
‘Post-Mortem’ program undi olok-olok 3 November juga mendapati, sebanyak 8 hingga 10% pengundi sasaran UMNO telah memilih PAS. Keadaan ini memaksa UMNO mengadakan semula program ‘simulasi’ ini, setelah dipercayai menerima saranan dari Pak Lah sewaktu ‘lawatan kerja sehari’ PM ke Terengganu pada bulan lalu.
Oleh yang demikian, pilihanraya ‘olok-olok’ kali kedua yang akan diadakan pada 7 Disember ini akan mensasarkan pengundi dari kalangan muda terutama dari kalangan pemuda dan puteri. Sumber Buletinonline juga memberitahu, sejumlah wang akan dibelanjakan bagi menarik pengundi ‘muda’ yang menjadi sasaran.
Pilihanraya olok-olok kali kedua ini dilihat sebagai ‘kayu ukur’ penting prestasi UMNO Terengganu sebelum pembubaran parlimen yang dijangkakan akan diumumkan oleh Pak Lah pada bila-bila masa.
Laporan Pilihanraya 'Olok-olok' UMNO Batu Rakit adalah seperti dibawah;

Tiada ulasan: