06 Disember 2007

Tak Nak Ngaku NampakNya ...

KUANTAN 5 Dis. – ‘‘Saya difitnah berkahwin dua yang disebarkan secara meluas melalui blog sejak sebulan lalu. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab yang cuba merosakkan kerjaya politik saya.’’Demikian penafian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika mengulas dakyah yang disebarkan menerusi Internet bahawa kononnya beliau telah berkahwin lagi.
Sehubungan itu, Adnan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang menyalahgunakan Internet dan teknologi maklumat sebagai medium untuk menyebar fitnah.“Aktiviti mereka perlu dibanteras segera kerana jika tidak dikawal ia boleh menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini dan menyebabkan negara menjadi huru-hara,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Penceramah Program Gerak Setia Peringkat Negeri Pahang di sini semalam.
Menurutnya, penulis blog yang berselindung di sebalik kebebasan penyaluran maklumat menerusi Internet dan laman web adalah orang yang penakut kerana tidak berani menampilkan diri mereka sendiri sebagai penulis yang bertanggungjawab menyebarkan sesuatu berita.
Kata Adnan, jika tindakan tegas tidak diambil rakyat akan mempercayai berita atau fitnah yang disebarkan oleh penulis blog. Beliau bimbang ia boleh menjadi satu budaya baru penyebaran fitnah.Selain penulis blog, Menteri Besar itu juga meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyalahgunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk menyebarkan fitnah kerana pihak yang menjadi sasaran tidak berpeluang untuk membela diri atau mengambil tindakan terhadap orang yang memfitnahnya.“Laman blog dan SMS yang tidak bertanggungjawab berbahaya kepada rakyat dan negara kerana ia boleh menyebabkan keamanan dan ketenteraman negara tergugat,” katanya.

Tiada ulasan: