06 Disember 2007

Kata Anak Jantan ?? Aww ke??

SINGAPURA 5 Dis. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya beliau dan naibnya, Khairy Jamaluddin akan menyertai perhimpunan antibukan Melayu di Kampung Baru.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, SMS itu satu pembohongan, berbaur fitnah dan berniat jahat untuk mengeruhkan keharmonian negara.‘‘SMS terbaru yang disebarkan menuduh saya dan Naib Ketua Pemuda UMNO akan berada di Kampung Baru untuk menaikkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain pada 19 Disember ini.
‘‘Penyebaran SMS sebegini perlu dipantau dan saya akan mendapatkan bantuan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita Malaysia ketika melawat Institute Technical Education (ITE) pada hari kedua lawatan kerja beliau sebagai Menteri Pelajaran di sini hari ini.

Tiada ulasan: