14 Januari 2008

Ali Rustam kecewa Sungai Melaka masih kotor

MELAKA 14 Jan (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam kecewa dengan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka kerana gagal memastikan air sungai itu bersih dan tidak berbau bagi menarik kedatangan pelancong.
"Saya telah meminta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zaini Md. Nor supaya memanggil kontraktor terbabit untuk berjumpa dengan saya Rabu ini," katanya selepas majlis Pelancaran Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa IV di sini, baru-baru ini. Mohd Ali berkata demikian berikutan kerja-kerja sistem pembentungan yang menelan belanja RM37 juta di sepanjang Sungai Melaka belum lagi sempurna hingga mengakibatkan air kumbahan terutamanya dari taman-taman perumahan dan kedai di sepanjang laluan Sungai Melaka dari Jambatan Hang Jebat hingga ke muara sungai mengalir ke dalam sungai. "Itulah sebabnya sebahagian kawasan Sungai Melaka masih berbau busuk kerana air kotor dari longkang akan terus masuk ke dalam sungai dan ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengindahkan serta menarik jumlah pelancong yang ramai untuk menyusuri Sungai Melaka," tegasnya. kontraktor yang dilantik itu telah menjalankan kerja-kerja tersebut sejak tiga ke empat tahun yang lepas tetapi gagal menyiapkan dengan sepenuhnya dalam tempoh tersebut. Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan semula projek ini kepada MBMB dan meminta MBMB melantik kontraktor lain bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Serentak dengan itu beliau meminta Kementerian yang berkaitan supaya menahan wang yang perlu dibayar kepada kontraktor terbabit. Lantaran itu, Pesta Sungai Melaka yang diadakan pelbagai aktiviti sukan air seperti perarakan perahu berhias terpaksa dibuat pada malam hari baru-baru ini bagi mengelakkan air sungai yang hitam dan kotor serta berbau seperti air longkang itu dilihat pelancong dari luar negara. Projek empat fasa itu yang bernilai kira-kira RM335 juta yang bermula pada 2002 kini di fasa terakhir iaitu pembinaan pintu air pasang surut yang dijangka siap akhir Januari 2008 tetapi kualiti airnya masih kotor seperti dulu.

p/s tulah lain kali jangan suka membazir duit kerajaan. kan dah banyak rugi .. sekarang siapa yang salah ?? nak salahkan pembangkang jugak ker ??

Tiada ulasan: