
Masalah tandas di sekolah berkenaan sungguh memalukan kerana murid-murid yang mahu membuang air kecil atau besar dibenarkan pulang ke rumah. "Sungguh memalukan mana ada sekolah yang tandasnya tidak berfungsi sekian lama. Walaupun masalah tersebut diadukan melalui MIC namun tidak mendapat perhatian," jelasnya kecewa. Jack 24 juga kecewa masalah kebajikan golongan miskin kaum India masih tidak diatasi dengan baik. Ramai lagi golongan miskin terbiar dan bila diadukan lazimnya kepimpinan MIC sekadar berkata OK! kami akan buat. "Selepas ini mana-mana individu yang masih berdendangkan lagu lama harus disingkirkan. Jangan simpan kepimpinan yang asyik pentingkan diri semata-mata, " katanya.
Semalam majlis penyerahan borang baru KeADILan itu cuba diganggu pihak keselamatan dengan alasan perhimpunan haram. Majlis penerangan sempat berjalan hanya dua jam sahaja bermula lapan malam apabila terpaksa ditamatkan awal ekoran desakan polis kerana mendapat desakan pihak atasan. Selain Dato' Zahrin, turut berucap ialah aktivis KeADILan, Kalai Vanar dan bekas calon Bertam, Mohamad Hashim. Kelihatan hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua KeADILan Bahagian Kepala Batas, Zaini Awang, Setiausaha KeADILan Negeri, Malek Kasim, Ketua Wanita KeADILan Negeri, Puan Norhayati Jaafar dan Setiausaha PAS Kepala Batas, Zulkiply Ishak. Cina juga akan sertai KeADILan Sementara itu dalam perkembangan yang berkaitan, Abdullah Badawi dijangka tercabar lagi apabila ura-ura mengatakan ramai ahli MCA dan Gerakan akan menyertai KeADILan. Kemasukan itu didakwa kerana mereka tidak puas hati dengan pemerintahan BN yang sering menindas rakyat dengan menaikan harga barangan, penipuan dan bersikap mementingkan kroni. Keadaan ini sekaligus memeningkan kepala kepimpinan BN bahagian itu terutamanya Umno kerana selama ini mereka berharap penuh pada sokongan orang Cina bagi mengimbangkan pengaruh DAP yang dikatakan cuba mencuri perhatian dengan mengadakan beberapa siri pertemuan. Harakahdaily mendapat maklumat kali ini salah satu lagi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kepala Batas selepas Bertam akan menjadi saingan hebat kepada BN untuk mengantar wakil yang lebih berwibawa mengantikan Adun yang jarang turun padang meninjau permasalahan rakyat sebaliknya asyik bergaya dengan kemewahan miliknya. Semalam sahaja peristiwa kemasukan beramai-ramai kaum India ke dalam KeADILan Bahagian Kepala Batas menjadi isu panas apabila pasukan polis cuba dijadikan perkakas oleh Umno untuk membatalkan majlis yang dihadiri Zahrin. Majlis tersebut KeADILan menerima 300 ahli baru dan akan berterusan kerana ada yang resah dan bimbang akibat ugutan pihak tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan