03 Januari 2008

Melaka sambut 2008 dengan tahlil kerana bimbang banjir

MELAKA, 2 Jan - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Melaka membatalkan Sambutan Tahun Baru 2008 yang diadakan setiap tahun pada tahun ini bagi membuat persediaan menghadapi banjir.Menurut Ketua Pemuda DPPNM, Ustaz Kamarudin Sidek, bahawa kita amat bersetuju dengan pembatalan sambutan tersebut kerana ianya tidak memberi faedah kepada rakyat bahkan menggalakkan lagi pergaulan bebas di kalangan remaja. "Dua tahun lepas semasa kita mengadakan program mengedar risalah pada malam sambutan tahun baru, kelihatan remaja lelaki dan perempuan melepak sehingga 3 pagi selepas acara pertunjukan bunga api. "Kami juga mengharapkan tindakan bijak yang dilakukan ini diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengelakkan pembaziran dan mengurangkan gejala sosial yang semakin parah di negeri ini," kata beliau. Kerajaan negeri telah engantikannya dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Al-Azim di sini, malam tadi. Antara yang turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Speker DUN, Dato' Wira Mo'min Abd Aziz, Mufti Kerajaan Negeri, Dato Wira Rashid Redza Mohd Salleh dan bersama 500 orang hadirin. "Tahun ini, kita tak adakan acara sambutan Tahun Baru 2008, sebaliknya kita minta rakyat berdoa mengikut fahaman agama masing-masing meminta supaya banjir tidak berulang di negeri ini," kata Ali Rustam

Tiada ulasan: