03 Januari 2008

PAS Melaka gempur Dun Ali Rustam.. DUN Kepten Ahmad cammana ??

BUKIT KATIL, 2 Jan (Hrkh) - PAS Kawasan Bukit Katil melalui Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru berjaya menembusi kubu kuat Umno di Taman Tun Rahah, di sini, baru-baru ini.
Bertempat di Pejabat Peti Undi Taman Tun Rahah, Unit Peti Undi (UPU) PAS Taman Tun Rahah telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Bakrin Sidek yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka dan turut dihadiri Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab. Bakrin berkata, kejayaan PAS menubuhkan UPU Taman Tun Rahah merupakan kejayaan di luar dugaan kerana taman itu terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak dahulu. Menurutnya, kejayaan MTD Bukit Baru ini patut dijadikan contoh kepada MTD lain kerana kesungguhan pimpinan mereka akhirnya membuahkan hasil bukan sahaja UPU berjaya ditubuhkan bahkan mereka berjaya membuka pejabat sendiri. "Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah iaitu Mohd Jas Abdul Rahman kerana sanggup menwakafkan rumahnya sendiri untuk dijadikan pejabat, beliau sanggup berpindah ke rumah lain semata-mata untuk kepentingan jemaah," kata beliau. UPU Taman Tun Rahah merupakan peti undi baru yang diwujudkan oleh SPR untuk pilihan raya akan datang dan ianya adalah pecahan kepada Peti Undi Bukit Katil. Dun Bukit Baru diwakili oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang baru-baru ini membayangkan akan menggantikan kerusi Umno di Dun tersebut kepada parti MCA atau Gerakan dan mengambil-alih Dun Bachang yang diwakili Gerakan pada pilihan raya umum akan datang. Ini berikutan keputusan 'pilihan raya olok-olok' yang telah diadakan begitu mengecewakan beliau dan mendapati beberapa pemimpin masyarakat di DUN Bukit Baru tidak berminat dengan wakil rakyat Umno untuk mewakili kawasan itu

Tiada ulasan: