'Agi Idup Agi Ngelaban' itulah kata-kata keramat & moto perjuangan rakyat Sarawak yang bermaksud Selagi Hidup Selagi Berjuang.Begitulah juga para pejuang Islam di muka bumi Allah ini, selagi kita hidup di bumi Allah selagi itulah kita memegang bebanan dan tanggungjawab untuk mentadbir dunia dengan Islam & aturan yang telah ditetapkan oleh Allah.Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk(Al-Baqarah 43)Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong(Al-Baqarah 107)Ayat-ayat peringatan & pernyataan dari Allah ini sebenarnya sudah cukup untuk orang beriman itu menyakini bahawa dunia ini adalah pinjaman dari Allah Taala, sedangkan akhirat itu kekal selama-lamanya milik Allah.
Walau dimanapun kita berada, tanggungjawab yang digalas tidak boleh tidak mestilah dipandu dengan Al-Quran & Sunnah biarpun kita diuji & digalangi dengan mehnah & tribulasi kehidupan, kerana itu semua adalah ketentuan Allah kepada makhluknya untuk menyaksikan manakah dari kalangan manusia yang setia dengan janji taat setianya ketika saat ia dilahirkan dimuka bumi sebagai khalifah.Malaysia adalah tanah air tercintaku, bila kita sebut cinta tentu sahaja kita ingin tanah air kita ini ditadbir dengan Islam kerana jaminan Allah & Rasulnya berkenaan Islam sebagai cara hidup dan bahtera penyelamat dalam kehidupan.Sangat malang negara kita, suatu ketika dahulu negara kita terkenal dengan empayar Melakanya yang berhukum dengan hukum Islam sehingga kita digelar Kerajaan Islam Timur.Jatuhnya kerajaan Melaka kepada kuasa kuffar Portugis pada 1511, penjajahan Belanda tahun 1641 dan kedatangan Inggeris ke Pulang Pinang pada 1786 dan kemerdekaan negara pada tahun 1957 adalah zaman gelap buat Tanah Melayu sebanyak 7 generasi yang 'disumpah' kerana tidak beramal dengan Islam.
Kitaran itu masih berpusing, biarpun negara ditadbir oleh pemimpin beragama Islam tetapi tidak lebih ia dilihat seolah-olah kosmetik, kerana undang-undang ciptaan manusia iaitu Perlembagaan Malaysia lebih berkuasa dari perlaksaan undang-undang Syariah yang pastinya datang dari Allah.Umno dan Barisan Nasional adalah satu testimoni kegagalan perkongsian kuasa kerana sikap berat sebelah kepada perkauman & bangsa.Satu demi satu akidah umat Islam mula tercabut lantaran sikap Umno sebagai pengkhianat dan agen memundurkan akidah umat Islam.Bukan sahaja akidah tercabut satu persatu dasar ketamadunan itu sendiri gagal memberikan keadilan kepada semua kerana ia didasari sikap pilih kasih & politik sempit pemerintah.Rakyat marhaen sendiri masih ramai yang tertindas dengan sikap kerajaan yang mentadbir secara kapitalis dengan hanya mementingkan untung dan rugi sedangkan pentadbiran negara harus ditadbir sebagai negara berkebajikan kepada rakyat.Peluang pembangkang untuk menjadi kerajaan alternatif kepada pembangkang sering dinafikan oleh kerajaan rakyat kerana jiwa rakyat yang boleh dibeli sewenang-wenangnya oleh Umno BN yang mahukan rakyatnya terus bodoh untuk mendapatkan hak mereka yang sepatutnya lebih menjamin kehidupan aman & bahagia yang berpanjangan.Saratnya Umno dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional dengan segala permasalahan amanah & akhlak masih tidak cukup buat rakyat puas hati kerana hidup mereka yang disangkakan senang seolahnya hanya kerajaan UmnoBN sahaja yang boleh memberi makan & rezeki sedangkan mereka lupa janji Allah rezeki dan kadak kadar kehidupan itu semuanya ketentuan dari Allah.Pembangkang bersendirian tidak mampu untuk menumbangkan kerajaan yang ada tanpa sokongan rakyat dan faham rakyat dengan hak-hak Islam & bernegara yang sebenar.Umno dan Barisan Nasional mesti ditumbangkan, sudah cukup penderitaan ini.....Sekiranya kita tidak berani membuat perubahan, suatu hari nanti Allah akan gantikan kaum lain yang akan mendaulatkan Islam dan berpegang dengan Islam.Dimanakah kita semua diwaktu itu.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan