09 Januari 2008

SALAM MAAL HIJRAH DARI KAMI ..

Kepada semua bloggers , para pengunjung dan kengkawan -Semoga kita benar-benar dapat menjayakan projek 'Maal Hijrah' melalui PRU ke-12 nanti.Kita berharap PAS dan DAP akan dapat merumuskan satu kerjasama yang bersepadu untuk memperkukuhkan Barisan Alternatif.PAS patut belajar sebagaimana AKP di Turkey dibawah Dr Abdullah Gul yang telah berjaya berkuasa kini.'Keadilan dan Pembangunan' merupakan nama dan slogan parti dan ianya dilihat lebih praktikal untuk menarik minat orang ramai menyokongnya. Walaupun bilangan penganut Islamnya adalah 95%; namun pengaruh fahaman sekularisma Mustapha Kamal amal menebal sekali. Kebijaksanaan AKP berpolitik dalam mengharungi pelbagai ragam tentangan sekularisma patut dicontohi oleh PAS.Semua orang mahukan 'Keadilan' dan juga 'Kemajuan'.Kita tidak nafikan Islam sememangnya membawa kemajuan dan keadilan ; maka adalah lebih realistik penekanan keatas dua perkara tersebut diambil perhatian serius oleh PAS.Pertelagahan antara PAS dan DAP hanya akan terus menguntungkan Umno dan BN. DAP dan PAS janganlah nak bermimpi disiang hari untuk menerajui pemerintahan negara kalau kata sepakat antara mereka tidak dapat diatasi.Walaupun kini BN diselubungi dengan beberapa masalah dan dilihat berada dalam keadaan 'sakaratul maut', Barisan Alternatif juga kelihatan tidak begitu mantap dan perkasa.Walau pun orang ramai sudah meluat dengan pemerintahan BN, tapi mereka juga ragu-ragu untuk memberi undi kepada PAS dan DAP.Ya, maksud saya masih ramai orang Melayu yang ragu-ragu untuk memberi undi mereka kepada DAP dan begitu juga masyarakat Cina, ramai yang takut memberikan undi mereka kepada PAS.Perkara begini mungkin dapat dihindari kalau DAP dan PAS lebih menumpukan kearah permuafakatan atas perjuangan berslogankan 'Keadilan dan Kemajuan' hingga mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum. Usaha seumpama itu mesti terus dipupuk dan dikembangkan ditempat-tempat lain.Jom kita berhijrah bersama Barisan Alternatif.Tinggalkanlah Umno dan BN ; barulah kita benar-benar boleh selamat untuk Maal Hijrah. Selamat Maal Hijrah.

Tiada ulasan: