09 Januari 2008

Calon PAS perlu usaha lebih menangi hati rakyat - Husam

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Calon dan pemimpin PAS terutamanya daripada negeri-negeri yang tidak pernah memenangi sama ada dalam pilihan raya kecil mahupun umum perlu berusaha keras dalam mendekati dan memenangi hati rakyat sebelum mengimpikan kejayaan memenangi pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa. Beliau berkata demikian ketika mengadakan dialog bersama sidang editorial Harakah di Pejabat Harakah dekat sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan sidang pengarang serta wartawan. Husam berkata, pendekatan yang dibuat oleh beberapa pimpinan PAS Kelantan selain pendekatan beberapa pemimpin Umno disana dengan menziarahi penduduk tempatan terutamanya dalam aktiviti keagamaan perlu dilihat secara positif. Katanya, secara amnya dengan adanya media dan segala kelengkapan kempen melalui perkakas kerajaan pemimpin Umno/BN di sana tidak perlu beruasah sedemikian rupa bagi memenangi hati rakyat. Tetapi sebaliknya pemimpin BN yang juga selaku pembangkang di Kelantan tidak hanya mengharapkan perkakasan kempen yang sedia ada, mereka berusaha dengan keras mendekati rakyat termasuk terpaksa solat fardhu berjemaah beberapa kali di pelbagai lokasi surau di kawasan mereka, katanya. Biarpun kadang-kadang ianya dilihat seperti satu lakonan, tetapi ianya boleh dicontohi dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya kepada pemimpin yang berada di negeri-negeri Selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, katanya. Dalam dialog yang sama, Husam turut membincangkan secara serius mengenai peranan Harakah sebagai media pilihan raya dan berfungsi sebagai agen kepada PAS menyegarkan kempen pilihan raya dengan bahan yang menarik. Husam antara lain mencadangkan beberapa idea baru bertujuan memantapkan Harakah sebagai organ terpenting kepada penerangan PAS selain media-media di bawah kumpulan Harakah serta method lain yang digunakan sebagai penerangan parti. Antaranya Husam melihat peripentingnya Harakah menjadi sumber kepada pembaca, parti lawan dan akhbar lain dalam isu-isu yang membabitkan dasar parti sendiri dan pendedahan yang boleh menyedarkan rakyat. Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada editorial Harakah membawa arus perubahan untuk dipersembahkan dalam pilihan raya akan datang, setidak-tidaknya Harakah sebagai media suara parti yang menyengat

Tiada ulasan: