09 Januari 2008

Teras anjur perhimpunan besar umat Melayu di Taman Danau Desa, 10 Jan ini

Teras Pengupayaan Melayu akan mengadakan Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan buat kali ke 10 seperti mana setiap 1 Muharram setiap tahun. Kali ini ia akan dia adakan di Masjid Muhsinin Taman Danau Desa , Kuala Lumpur. Seramai 300 perwakilan dan delegasi dijangka dari seluruh negara akan hadir dalam program sehari suntuk itu pada 10 hb Januari 2008 ini Sempena usia 10 tahun TERAS , Presiden TERAS Mohd Azmi Abdul Hamid akan menyampaikan Ucapan Bertindak bertemakan Hijrah Kepimpinan Melayu Untuk Memperkasa Bangsa . TERAS memberi perhatian berat terhadap keadaan dan kualiti kepimpinan Melayu dewasa ini yang telah mengakibatkan kelesuan dan krisis pelbagai dimensi dalam bangsa Melayu. Katanya kelemahan dan kelesuan kepimpinan telah jelas menunjukkan krisis yang tidak selesai-selesai yang mengakibatkan gejala negatif sedang berlaku dikalangan bangsa Melayu. Kerosakkan akhlak dan penyelewengan dan salahguna kuasa telah membebankan bangsa Melayu dengan pelbagai masalah. Tema ini dipilih untuk menyampaikan mesej jelas kepada bangsa Melayu supaya tidak leka dalam memilih pemimpin di setiap peringkat. Perlu ada kesungguhan masyarakat Melayu supaya tahu sifat dan ciri penting yang telah digariskan oleh Islam dalam memilih pemimpin. TERAS menekankan persoalan kepimpinan sejak 10 tahun yang lalu. Sehingga kini nampaknya kepimpinan Melayu semakin menunjukkan kualiti yang menurun semada dari segi intelektual, wawasan dan kejujuran. Kini orang Melayu berhadapan pelbagai isu yang tidak kunjung selesai kata beliau lagi. Perhimpunan ini akan menganalisis sistuasi kepimpinan dalam semua sektor semada ekonomi, politik, budaya, sosial dan pendidikan. Azmi mengharapkan perhimpunan akan memanfaatkan semangat Hijrah 1429H supaya suatu anjakan dapat dilakukan untuk membangun kualiti kepimpinan Melayu yang lebih ampuh . Beberapa acara diskusi isu-isu Melayu akan diadakan dalam rangka mengujudkan sebuah gagasan yang jelas mengenai arah tuju bangsa dan negara.

Solahuddin Abdullah
Setiausaha Perhimpunan

Tiada ulasan: