SIAPA yang tidak tahu mengenai pil viagra. Pil penguat tenaga batin itu memang popular di seluruh dunia, khususnya bagi lelaki. Viagra bukan saja pil penguat yang terkenal, satu lagi adalah Cialis. Hanya pengeluarnya yang berbeza. Menariknya, Israel minggu ini menyatakan bahawa pentadbiran tenteranya akan memberi pil Viagra kepada juruterbang pesawat juangnya untuk membolehkan mereka memberi prestasi lebih meyakinkan. Laporan akhbar Britain, The Times, memetik penyelidik tentera Yahudi sebagai berkata bahan kimia dalam Viagra yang membantu aliran darah lebih baik bagi lelaki lemah tenaga batin sebenarnya dapat membantu juruterbang beroperasi pada ketinggian lebih tinggi. Ini berdasarkan penemuan doktor Israel mengenai kesan pil penguat terhadap pendaki gunung Kilimanjaro di Tanzania, kata majalah rasmi tentera Yahudi, Bamahaneh (Di Markas Tentera). Kajian mendapati, tadalafil, bahan dalam pil Cialis, membantu pendaki gunung lewat berasa penat selain menyekat rasa kepeningan pada paras lebih tinggi. Oleh itu, tentera Israel membuat kesimpulan bahawa juruterbangnya yang selalu berada pada ruang udara yang tinggi membabitkan penggunaan alat teknologi tinggi dalam suasana tekanan rendah, dapat bertugas lebih baik jika menggunakan ubat itu, kata The Times. "Viagra dianggap berkesan dalam keadaan oksigen berkurangan yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan pil itu dapat menyekat kesan daripada suasana dalam badan. Penemuan tentera itu mewajarkan ujian diteruskan menggunakan ubat dalam suasana oksigen berkurangan," kata seorang pegawai tentera udara Israel yang dipetik akhbar berkenaan. The Times memuji keupayaan juruterbang jet pejuang F-16 Israel memusnahkan reaktor nuklear Iraq pada 1981 selepas melepasi ruang udara Jordan dan Arab Saudi sebelum memasuki Iraq meliputi perjalanan hampir 1,100 kilometer. "Ada pihak tertentu mendedahkan, jet pejuang Israel itu melakukan penerbangan secara satu kumpulan dan kedekatan antara pesawat itu menyebabkan radar melaporkan mereka sebagai pesawat komersial." kata The Times. Apapun, tidak kira apa yang dilakukan oleh Tel Aviv di wilayah ditakluki Palestin mahupun di negara jiran, ia sentiasa menyalahkan pihak lain sebagai penyebab tindakan itu dan sentiasa dilindungi sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat. Misalnya, dua minggu lalu, enam pesawat pejuang Israel menceroboh ruang udara Lubnan, sekali gus mencabul buat kali kedua gencatan senjata yang dicapai menerusi rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menamatkan perang 34 hari di antara Israel dengan pejuang Hizbullah pada Ogos 2006. Pegawai tentera tentera Lubnan memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa pesawat Israel itu melakukan penerbangan pada ketinggian sederhana di ruang udara bandar Tyre dan kawasan sempadan Naqoura dekat pantai Mediterranean. Jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis cuba mengulas bahawa pihaknya 'tidak akan membincangkan kegiatan tentera udaranya' meskipun tentera Lubnan melancarkan bedilan yang memaksa penceroboh berundur. Fakta lebih penting ialah tiada satu pun jet pejuang penceroboh itu kena bedilan askar Lubnan. Begitulah keupayaan juruterbang tentera Israel yang mengagumkan. Tiada pesawatnya yang kena bedilan tentera Lubnan. Sama ada juruterbangnya mengambil pil penguat untuk misi itu tidak diketahui tetapi pencerobohan itu tidak pula dikutuk masyarakat antarabangsa khususnya Amerika. Baru-baru ini pula, Israel atau ejen agensi perisikannya, Mossad, dituduh bertanggungjawab meletupkan bom kereta di kota Damsyik, Syria, yang menyebabkan kematian anggota kanan Hizbullah, Imad Mughnieh yang dianggap kejayaan besar bagi rejim Zionis itu dan Washington. Agensi berita Agence France Presse (AFP) melaporkan, perisik negara Barat mengesyakinya bekerja dengan agensi perisikan Iran. Pembunuhannya dianggap kejayaan besar kerana dia adalah antara pengasas Hizbullah dan mengetuai pergerakan bersenjata sejak pertengahan 1980-an dengan mendapat sokongan Iran. Selain itu, Mughnieh juga dituduh terbabit dalam pembunuhan ketua agensi keselamatan itu, William Buckley di Beirut pada 1985 dan pembunuhan Marin Kolonel Rich Higgins yang diculik, didera dan dibunuh pada 1988. Tidak cukup dengan serangan di Syria, dasar anti-Palestin di wilayah ditakluki Tebing Barat dan Gaza ketika ini terang-terang membuktikan kekejaman Yahudi Khamis lalu, seorang wanita Palestin yang ada masalah jantung menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tebing Barat selepas askar Israel yang mengadakan sekatan jalan tidak membenarkannya lalu untuk mendapatkan rawatan di hospital meskipun keluarga mangsa merayu mereka. Mangsa, Fawzia Abdel Fattah berada dalam teksi bersama suaminya untuk ke hospital di bandar Tulkarem untuk rawatan air dalam paru-paru apabila askar Yahudi itu menahan mereka, kata suami Fawzia, Mahmoud Yussef Qab, 71. Oleh kerana tidak dibenarkan meneruskan perjalanan, Mahmoud membawa isterinya pulang ke rumah mereka di kampung Deir al-Ghoussoun dan Fawzia menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu. Diminta menjelaskan kes itu, tentera Israel memberitahu ia memberi kebenaran untuk ambulans membawa mangsa tetapi tiada ambulans yang tiba. Penjelasan itu nyata tidak bermakna kerana seorang doktor di kampung berkenaan, Dr Abdel Fattah al-Darak berkata mangsa tentu dapat diselamatkan jika dia dan suaminya yang berada dalam teksi dibenarkan untuk ke hospital. Terbaru, Israel meneruskan kempen keganasan terhadap penduduk Palestin di Gaza apabila serangan udaranya menyebabkan kematian seorang pejuang kanan Jihad Islam, isteri dan anak perempuannya. Mereka adalah antara lapan warga Palestin yang maut dan 50 lagi cedera dalam serangan terhadap khemah pelarian Bureij di selatan Gaza. Daripada bilangan yang cedera, 17 adalah kanak-kanak. Israel dilaporkan sebagai menafikan dakwaan bahawa ia bertanggungjawab atas serangan itu. Perangkaan sehingga ini menunjukkan sekurang-kurangnya 180 orang, sebahagiannya pejuang Palestin di Gaza, terbunuh sejak proses damai Israel-Palestin dilancarkan semula, November lalu. Mungkin tidak sesuai lagi untuk media menggunakan takrif proses damai berhubung rundingan Israel-Palestin tetapi proses pembunuhan. Mungkin pil Viagra bukan saja diberi kepada juruterbangnya tetapi semua askar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan