09 Februari 2008

Pilihan raya amanah kepada seluruh rakyat

MUAR, 9 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, berkata rakyat negara ini perlu peka serta mengambil berat dalam urusan pilihan raya, kerana pilihan raya merupakan satu amanah besar kepada mereka. Pilihan raya merupakan proses memilih pemimpin yang bakal menerajui negara, maka peluang yang datang lima tahun sekali itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 118 warga kurang bernasib baik antaranya ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin serta orang kurang upaya (OKU) di Parit Jawa, dekat sini, sempena Program Jelajah Presiden PAS, kenegeri ini, baru-baru ini. Selain Tuan Guru Abdul Hadi, program Jelajah Presiden turut disertai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfods Muhammad, serta pimpinan PAS Johor. Dalam kunjungan sehari di Johor, Tuan Guru Abdul Hadi, turut menghadiri majlis makan tengahari bersama pimpinan PAS Johor.Beliau juga menyampaikan amanat dan taklimat isu-isu terkini kepada pimpinan PAS Johor. Ceramah Perdana oleh Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharuddin, Mohammad Sabu serta Dato’ Mahfods, pula diadakan di Parit Pecah sebagai kemuncak program ini, dan ia telah berjaya menarik ribuan orang ramai hadir mendengar taklimat Presiden PAS itu. Menyambung ucapannya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, rakyat tidak boleh memandang ringansoal pilihan raya ini kerana ianya adalah mekanisme yang sangat penting dalam amalan demokrasi bagi menentukan kepimpinan negara pada masa depan.
Sebaliknya, jika rakyat tidak merasakan bahawa pilihan raya suatu amanah penting, maka sudah pasti keputusan yang diperolehi selepas pilihan raya nanti bakal menimbulkan masalah kepada rakyat itu sendiri. Katanya, rakyat di negara-negara lain menjadikan pilihan raya sebagai peluang terbaik bagi menentukan nasib kerajaan yang memerintah. Jika kerajaan yang memerintah baik maka mereka akan terus memberi mandat kepada kerajaan tersebut, katanya. Tetapi sekiranya rakyat mendapati kerajaan melakukan kesilapan seperti amalan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa, maka rakyat akan menghukum kerajaan dengan tidak memberikan mandat kepada kerajaan tersebut. Beliau juga menyatakan, amalan demokrasi sepatutnya memberi peluang kepada seluruh rakyatmendengar hujah semua parti politik. Namun berlainan di Malaysia, ruang bagi rakyat mendengar hujah serta pandangan pihak lain begitu terhad, pandangan serta hujah pihak lain seolah-olah dinafikan sama sekali, kat

Tiada ulasan: