15 Februari 2008

SIAPA PENGGANAS SEBENAR DI MALAYSIA ???

Azamin Amin Fri Feb 15, 08 3:41:41 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) – Semalam Buletin Utama TV3 melaporkan, bendera-bendera dan poster PAS yang 'menghijau' di Kuala Trengganu telah diturunkan atas alasan tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis. Dalam suasana pilihan raya yang hangat dan memuncak ini pelbagai sekatan dan kekangan dilakukan bagi memastikan pembangkang khususnya PAS supaya 'kecundang' pada pusingan pertama perang 'saraf' sedangkan parti pemerintah sewenangnya melakukan tanpa sebarang amaran. Tidak cukup dengan itu, Buletin Online semalam melaporkan lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, Trengganu. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, di hadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Ramly, 21, Abdul Rizuan Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong. Mereka dikatakan cuba memanjat tiang telefon berhampiran rumah Che Mad untuk mengikat bendera ditiang tersebut dan belum sempat bendera ditegakkan, Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka. Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera," kata Mohd Faiz yang dipetik daripada laman web terbabit. Walau bagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar Che Mad muncul dengan selaras senapang patah. "Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru," tambahnya. Che Mad dikatakan mengacu senapang patah ke arah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata :"mu letak lah! Aku tembak kang!", dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka. "Kami terkejut, dan saya terus lari," kata Muhammad Zulkifli. Menurut laporan wartawan Buletin Online SM Noor dan WanKay, kelima-lima mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang semalam

Tiada ulasan: