28 Mac 2008

Cerai pos laju ???

Oleh Manan Samad
JOHOR BAHRU: Selepas isu cerai SMS heboh diperkatakan, kini muncul cerai pos laju apabila seorang anggota polis marin berpangkat koperal di Muar sanggup menceraikan isteri keduanya menerusi kaedah penghantaran surat.Dia menghantar sijil cerai melalui pos laju kepada rakan setugasnya, seorang pegawai polis marin di Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan di Tampoi di sini, untuk diberikan kepada bekas isterinya itu.Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan wanita berkenaan kini kebingungan memikirkan masa depan dua anak lelaki mereka berusia 10 dan 12 tahun berikutan perkahwinan pasangan terbabit tidak didaftarkan di negara ini.Anggota polis marin berusia 45 tahun itu memperoleh sijil cerai daripada Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand, 2 Februari lalu, sebelum menggunakan pos laju untuk menghantarnya kepada pegawai terbabit pada 18 Februari lalu.Menceritakan kisah dukanya itu, Teena Jasman, 46, berkata dia dihubungi pegawai berkenaan untuk mengambil sijil cerai di ibu pejabat polis marin di Tampoi.“Bayangkan perasaan seorang isteri apabila mendapat sijil cerai dengan cara seperti itu. Hati saya remuk memikirkan masa depan anak...bagaimana nak menyara mereka dengan purata pendapatan RM500 sebulan upah mencuci pinggan.“Hanya kerja seperti itu yang mampu saya buat kerana tidak pernah bersekolah tapi saya tak mahu anak mengalami nasib sama. “Paling penting sekarang ialah untuk mendaftarkan semula perkahwinan dan perceraian kami di negara ini seperti dijanjikan bekas suami ketika kami berkahwin di Thailand 13 tahun lalu bagi membolehkan saya membuat tuntutan nafkah anak.“Saya sudah puas memujuknya mendaftarkan perkahwinan sejak kami masih suami isteri. Dia sentiasa berdegil dengan alasan tiada duit dan tiada masa,” katanya yang sudah membuat aduan di Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Mahkamah Syariah tetapi dinasihatkan mendaftarkan dulu perkahwinan di negara ini untuk membolehkan tuntutan nafkah dibuat.Dakwa Teena, perkahwinannya kian retak selepas dia mendapat tahu bekas suami mendirikan rumah tangga secara senyap dengan wanita Indonesia di negara itu, tiga tahun lalu.“Semuanya bermula apabila saya ternampak resit kiriman wang ke Indonesia. Mengesyaki sesuatu, saya menghubungi nombor telefon yang tertera pada resit itu. Perempuan itu mengaku isteri ketiga kepada bekas suami saya,” katanya.Dia hanya sempat menikmati kebahagiaan untuk dua tahun pertama ketika menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selepas itu, berlaku perselisihan faham apabila berpindah ke Johor Bahru, 10 tahun lalu.Namun, Teena cuba menyelamatkan rumah tangga dengan mengikut suaminya berpindah ke Muar dua tahun lalu.Di situ, dia bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara anak tetapi ternyata jodoh mereka sukar diselamatkan.“Selepas bersabar hampir dua tahun, akhirnya saya mengambil keputusan membawa anak tinggal berasingan di Pasir Gudang sejak Mei lalu kerana tidak tahan lagi dengan sikap bekas suami,” katanya.Teena berkata, dia mempunyai hubungan baik dengan madu pertama dan pernah memberi wang kepadanya.“Ini kerana dia mempunyai lima anak dengan bekas suami. Saya bertanggungjawab kerana berkongsi kasih dengan suami sama, lagipun dia dapat menerima saya.“Saya cukup sedih mengenangkan sikap bekas suami. Baru-baru ini anak sulung kami berkhatan dan dia menghubungi ayahnya menerusi SMS, tapi hanya dijawab baguslah. Malah, kali terakhir anak dapat merasa duit ayahnya sebelum Aidilfitri tahun lalu,” katanya.Teena berharap pihak berkuasa membantu menyelesaikan masalah status perkahwinan dan perceraiannya dengan menghubunginya di talian 019-6091879.

1 ulasan:

sebol berkata...

sejak bila pulak, serkamvelley ni jadi tabloid.

heh

p/s: pecah2kan ikut perenggan la, kelabu mataku membacanya