31 Mac 2008

Dah Tak Dapek Nak Merempit dan Menyepit lagi ..

SEREMBAN 31 Mac – Jabatan Latihan Khidmat Negara sedang meneliti kemungkinan memasukkan remaja yang terlibat dengan kegiatan lumba haram ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kaedah itu dijangka dapat mengatasi masalah berkenaan yang lebih dikenali sebagai kegiatan `merempit’.
“Cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia melibatkan perubahan dasar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan PLKN Kumpulan 2 Siri 5/2008 dan pengenalan ikon program itu iaitu angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed di Kem Seri Perkasa.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan; Datuk Mahmood Adam dan Pengerusi Pengusaha Kem PLKN Sri Perkasa; Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Ahmad Zaini Mohd. Said.
Sementara itu, Faiz yang ditemui berkata, beliau berhasrat melawat kem-kem latihan bukan sahaja sebagai ikon bagi program tersebut malah turut menyertai mereka berlatih.
Pada masa yang sama, beliau juga akan berkongsi pengalaman dengan para pelatih PLKN berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang ketenteraan dan sebagai angkasawan negara

Tiada ulasan: