PULAU PINANG 30 Mac – Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang telah membentuk Exco bayangan untuk setiap portfolio dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta- merta bertujuan mendekati rakyat dan meneliti segala permintaan mereka.Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, barisan Exco bayangan tersebut akan mendekati masyarakat untuk mengenal pasti segala masalah yang dialami.Selain itu, beliau yang juga pemangku Presiden Gerakan berkata, Exco bayangan itu juga akan memberikan saingan kepada Exco kerajaan campuran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).‘‘Barisan Exco bayangan ini bukan sebuah kerajaan negeri tetapi hanya bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat di Pulau Pinang dan mereka akan mewakili semua kaum di negeri ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di sini hari ini.Tsu Koon berkata, untuk tujuan itu, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya akan diberi tanggungjawab terhadap aspek Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Shahbudin Yahaya (Hal Ehwal Agama, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat) dan Datuk Jahara Hamid (Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi).Selain itu, katanya Datuk Ariff Shah Omar Shah akan memantau Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Keselamatan serta Datuk Roslan Saidin (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).Barisan Exco lain adalah Datuk Jasmin Mohamed yang bertanggungjawab terhadap Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air dan Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut dan Kereta api), Muhamad Farid Saad (Pembangunan Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) serta Datuk Mahmud Zakaria (Kesihatan dan Kebajikan dan Masyarakat Penyayang).‘‘Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim akan memegang portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Syed Amerrudin Syed Ahmad (Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa) dan Zabariah Abdul Wahab (Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti),” katanya.Menurut Tsu Koon, Exco bayangan ini adalah penting untuk memastikan semua kepentingan dan pembangunan di negeri ini dapat dirasai oleh semua pihak tanpa mengira tanpa kaum.‘‘Setiap mereka akan sentiasa mengadakan mesyuarat dan menerima maklum balas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta semua rakyat.‘‘Kita akan bertindak secara berkesan sebagai satu jawatankuasa bersepadu untuk memastikan BN akan lebih berkesan dalam mewakili semua rakyat,” jelasnya.Tambah Tsu Koon, penubuhan Exco bayangan ini juga bertujuan memantau prestasi kerajaan negeri bagi memastikan mereka melaksanakan manifesto dan janji semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.Dalam pada itu, beliau memberitahu, BN negeri akan mewujudkan satu laman web khas untuk membolehkan orang ramai memberikan maklum balas melalui internet.‘‘Kita mahu buktikan kepada masyarakat bahawa kita adalah sebuah parti yang berjiwa rakyat,” tegasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan