Ditulis oleh AnakRedang
Saturday, 15 March 2008
Berita Buletin Online semalam melaporkan berita mengenai krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu yang bertajuk ‘Terkini – Rahin Said MB Terengganu’ yang ditulis oleh MatStringer adalah satu maklumat yang tepat. Satu hantaran SMS telah diterima oleh Buletin Online menyatakan bahawa satu pertemuan diadakan pada malam semalam. Kesahihan berita tersebut telah dipaparkan hari ini oleh sebuah media. Namun media tersebut nampaknya membuat liputan yang melencong, seolah-olah akhbar tersebut menjadi jurucakap kepada Din Adam, orang yang diselamatkan oleh Idris, dan akhbar tersebut cuba pula untuk menyelamatkan Idris. Tak tahulah berapa banyak si pelapor akhbar itu boleh atau akhbar itu memang boleh banyak.
Buletin Online difahamkan, walaupun media dipanggil untuk pertemuan yang diatur oleh Idris dan kuncu-kuncunya itu disebuah hotel semalam, namun tidak ada sidang media yang diadakan. Oleh yang demikian ramai rakan-rakan media yang mengambil sikap berkecuali dan tidak hadir ke majlis tersebut, kecuali media yang melaporkan tentang berita itu hari ini.Nampaknya krisis perlantikan Menteri Besar selepas PRU12 tahun ini dihadapi oleh banyak negeri, dari Perlis sampai Terengganu. Di Perlis mungkin sama juga masalahnya dengan Terengganu, Pak Lah nakkan Shahidan, tapi Raja Perlis tak mau. Pak Lah kata dia dah bagi surat wasiat(watikah) kepada Shahidan, tapi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kata ‘no way’. Raja Perlis berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.Gamaknya serupa iya Shahidan dengan si Idris ni, kedua-duanya dah mabuk, mabuk kuasa. Shahidan pun balas, siap dengan ugut wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perlis yang tidak menyokong pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis akan dikenakan tindakan disiplin. Di Terengganu, tak dengar lagi Pak Lah sebut dia dah keluar surat wasiat kepada Idris. Kalau Pak Lah dah keluarkan mesti Idris dah berkokok. Tahulah perangai Idris tu. Kalau Pak Lah tak keluarkan, maknanya benar-benarlah Idris gila kuasa. Dia buat apa saja nak pastikan supaya dia dilantik jadi MB semula. Stakat ni macam-macam dah. Buat himpunan haram sudah. Pelobi-pelobi yang cuba melobi pihak istana Terengganu pun bukan calang-calang. Yang terbaru, Buletin Online difahamkan telah menjadi bertambah kemurkaan Istana, apabila telah datang pelobi Idris ke istana. Seorang ‘businessman’ besar bukan kecik anak. Oleh kerana terlalu nak nya dia supaya Idris dilantik menjadi MB semula, sampai dia ugut-ugut istana pulak. Dah, istana ni bukan rakyat jelata. Kalau Raja Perlis dah kata tak perkenan kepada Shahidan, kemudian Pak Lah keluarkan surat kepada Shahidan, dan kemudian Shahidan lawan istana atas nama Pak Lah. Maknanya kalau zaman kesultanan Melayu dulu, dua-dua Pak Lah dan Shahidan adalah ‘penderhaka’. Maka hukum penderhaka kepada raja-raja Melayu amat berat!Di Terengganu pulak, walaupun istana belum membuat perkenan secara jelas, siapa yang akan dilantik menjadi MB, namun isyaratnya sudah amat jelas. Walaupun pihak istana belum mengeluarkan apa-apa ‘dekree’ kepada sesiapa yang diperkenan, tetapi semua dah maklum bahawa memang istana tak mboh ke Idris. Kalau istana nak ke Idris, sejak hari pertama lepas Idris isytihar diri sendiri sebagai pemenang pilihanraya, istana dah panggil Idris. Dah kalau sampai hari ini, nama Idris pun tak disebut-sebut, nama orang lain pulak yang timbul, bak pe yang Idris duk kumpul orang sana, kumpul orang sini. Nak buat apa sebenarnya dia? Nak apa sebenarnya si Idris ni? Nak jadi raja gamaknya dia?Semua wakil rakyat UMNO yang belum digazetkan kelmarin, yang hadir ke majlis yang diatur oleh Idris dan kuncu-kuncunya telah menandatangani satu surat sokongan, supaya Idris dilantik semula. Aiiik…. Berat benar si Idris ni! Idris le ni tak serupo mulo? Tolong, siapa-siapa yang ada kenalan mana-mana ketua UMNO cawangan, beritahu dia, tolonglah nasihatkan si Idris…. Tolonglah…. Tolong khabor ke Idris, perlantikan Menteri Besar ni bukan kuasa Pak Lah. Raja Perlis dah tunjuk contoh. Perlantikan Menteri Besar ni bukan kuasa UMNO. Dari Perlis sampai ke Terengganu, Sebenarnya ramai sahabat-sahabat PAS yang bagi respon kepada Buletin Online, inilah akibatnya apabila menang dengan main ‘tipu’. Menang pilihanraya main dengan ‘hantu’. Menang pilihanraya dengan ‘IC palsu’. Allah bayar ‘cash’! Orang-orang UMNO pun ada jugak yang bercakap. Padan muka Idris. Hari tu, dia cantas sesama sendiri. Dia hina Man Bakar, dia tendang Ku Putera, dia kehek Pak Rosli. Lepas tu dia susun ‘puak-puak’ dia. Kemudian dia kehulu-kehilir masa tengah kempen pilihanraya, tipu sini, pelawok sana. Kecek semua oang, kata masalah UMNO dah selesai. PAS, Pitih Ambik Sokmo. PAS Cuma tahu empat perkara, PAS tahu bersyarah, PAS Pitih ambik sokmo, PAS tahu naik bendera, PAS katok orang.Sekarang le ni? PAS kalah pilihanraya. Dimana-mana merata riti buat jamu, makan lembu, kenyang perut, tak rasa sedih, tak rasa susah.
Yang susah, sedih, payah, siksa, kehulu-kehilir, si Idris….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan