15 Mac 2008

Umno main lagu lama balik ...


Basiron Abdul Wahab Fri Mar 14, 08 4:03:10 pm MYT
BERA 14 March (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, situasi sekarang seolah-olah mengulangi senario 1969 apabila Perikatan (kini Barisan Nasional) tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Katanya, Umno cuba memainkan isu perkauman sempit yang digunakan dahulu sehingga PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dan akhirnya membentuk Barisan Nasional (BN). "Stretegi sama mula dimain Umno kini, pemimpin mereka cuba mendekati PAS dengan memainan sentimen Melayu kononya demi survivasl bangsa, agama dan sebagainya. "Jangan terkejut jika dihubungi oleh orang-orang Umno mengajak untuk bertemu dan berbincang atau mengajak bersatu di bawah Umno," ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran petugas BA kawasan Bera di Darul Ikhwan dekat sini. Menurut Mazlan, pemimpin Unmo itulah yang suatu masa dahulu mensabotaj ahli PAS di kampung-kampung, menafikan hak untuk mendapatkan subsidi baja, hak untuk mendapatkan saham Felcra, tanah dan sebagainya, mereka itu mungkin akan menangis ketika bertemu bagi menunjukkan betapa perlunya PAS bersama Umno. Itu semua kata, Mazlan adalah usaha terdesak Umno ketika berada dalam "kritikal" serta sedang mengerakkan usaha memujuk ahli-ahli bersatu di dalam Umno, sama seperti senario 1969 dahulu apabila Tun Abdul Razak menyediakan helikopter untuk mengambil Presiden PAS, Dato? Asri Haji Muda untuk bertemunya. Mazlan menegaskan, ahli PAS perlu tegas menolak pelawaan bersatu di bawah Umno. Ini kerana PAS mendapat mandat rakyat, mereka mengundi PAS mengapa pula perlu bersatu di dalam Umno, sepatutnya Umnolah yang menyertai PAS. "Buat apa bersatu di bawah Umno yang bakal dilupuskan, sepatutnya orang Umnolah yang menyertai PAS, bersatu di dalam PAS," tegasnya. Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh pimpinan PAS baru-baru ini, bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan Umno. Pengalaman (1969) membukti Umno hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila Umno kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor. "Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978," katanya. Difahamkan di kampung-kampung, pemimpin Umno merupakan hero, merekalah yang mensabotaj dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyahkan orang PAS daripada mendapat subsidi baja serta bantuan kerajaan lainnya. Malah, imam-imam yang disyaki menyokong PAS turut dibuang malah tiada ahli PAS dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya. Menurut Mazlan, Umno semakin tidak releven, parti itu dikuasai oleh pemimpin korup yang tamak, membolot kekayaan negara tanpa mempedulikan nasib rakyat. Apa yang perlu PAS buat kini ialah memperkuatkan organisasi bagi menerima penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam PAS tidak lama lagi. "Senario ini akan berlaku tidak lama lagi dan PAS serta rakan ?rakan BA mesti bersedia," ujarnya. Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Mazlan bertanding kerusi Parlimen Bera. Beliau tewas kepada Dato' Ismail Sabri dengan majoriti 3,821 undi. Bagaimanapun beliau berjaya mengurangkan majoriti lebih 1000 undi berbanding pilihan raya 2004 lalu.

Tiada ulasan: