07 Mac 2008

SELAMAT KER ?? AMAN ??? MAKMUR ???

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Orang kanan Calon BN Dun Sg Abong N13, Kamaruddin Suratman yang dikenali sebagai Abas bertindak meraba kemaluan seorang ahli Putri Umno semasa berkempen di Taman Perdana Muar, di Parlimen Bakri baru-baru ini. Perbuatan calon BN yang rakus itu, telah memberi tekanan kepada mangsa yang dikenali sebagai Saadah menyebabkan beliau bertindak membuat laporan polis. Ekoran laporan polis yang dibuat mangsa, keahliannya sebagai Puteri Umno telah dilucutkan. Menurut Saadah sebagaimana yang dilaporkan kepada polis, orang kuat calon BN itu bersama rakannya menjemput beliau dengan kereta di rumahnya ke bilik gerakan Umno. "Dalam kereta tersebut saya bersama dua lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke Taman Perdana, Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian Abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya,"demikian lapor Saadah. Ekoran daripada kejadian itu, Saadah mengadu kepada pemuda Umno yang dikenali sebagai Abang Dolah bagaimanapun dia tidak mahu Saadah membesar-besarkan kejadian itu dan tidak menghiraukan aduannya. Menurut Saadah yang dipetik daripada Tranungkite, Ketua Puteri Umno Bahagian yang dipanggil Anum turut memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa serta membuat laporan polis. Sementara itu, salah seorang ahli Putri Umno Bakri yang menggelarkan dirinya Mawar Berduri kesal kerana ketuanya langsung tidak mempertahankan anak buahnya bahkan memberi amaran kepada Saadah supaya tidak menghebahkan kejadian itu. Katanya, tidak cukup daripada itu, Saadah turut dituduh yang bukan-bukan seolah-olah dialah yang menggoda lelaki terbabit. "Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseorang individu," katanya. Tegasnya, ahli Puteri Umno masih mempunyai maruah dan harga diri bukannya menjadi alat pemuas nafsu. Bagaimanapun, beliau mengharapkan ahli puteri terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah mereka. "Kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kami di sini," rayu beliau. - mks

Tiada ulasan: