Pak Lah berkata bahawa Johor dan beberapa negeri lain tidak perlu dia berkempen kerana yakin BN tidak mempunyai masalah untuk menang. Maka kesimpulannya, bila mana Pak Lah pergi berkempen, bermakna kawasan tersebut diyakininya getir dan berkemungkinan besar dimenangi PAS, Keadilan atau DAP. Lagi kerap dia ke situ makin yakin akan Pak Lah bahawa BN/UMNO akan kalah di situ. Dengan itu, para pengerak dan perancang kempen di kawasan-kawasan yang dilawati Pak Lah, wajar mengandakan kehebatan kempen bagi memastikan kemenangan yang amat ditakuti Pak Lah. Ini bermakna mereka sudah mengenal-pasti bahawa tempat-tempat itu mereka lemah dan perlukan sokongan Pak Lah untuk menembusi kekuatan PAS/Keadilan/DAP. Untuk mewakili kawasan Lembah Pantai kali yang keempatnya, sememangnya Sharizat telah terpaksa berhempas pulas sejak ura-ura Nurul Izzah akan berentap dengannya. Malah, sebagai seorang menteri dan juga Timbalan Ketua Wanita UMNO, Sharizat terlalu banyak terpaksa menumpukan kepada Lembah Pantai. Dia sepatutnya melawat dan berkempen di setiap kawasan yang ditandingi oleh Wanita - dan bukannya resah menjaga kawasan sendiri sahaja. Takutnya Sharizat akan sokongan yang diberikan kepada Nurul Izzah, dia terpaksa memohon Jeanne untuk memujuk Pak Lah turun berkempen di Lembah Pantai. Itulah yang berlaku dan diketahui umum bahawa Shahrizat minta tolong dengan Jeanne.
Semenjak Shahrizat bergelar wakil rakyat di situ memang ramai yang tidak selesa dengannya. Belum pernah anak-anaknya turun membantu [kenyataan ini disebut sendiri anak sulongnya yang sebaya Nurul Izzah dalam temubual dalam TV] tetapi kali ini ketiga-tiga mereka terpaksa meninggal kemewahan dan keselesaan yang selama ini sukar untuk mereka korbankan.
Akibat gementar dengan sokongan padu pengundi muda yang menyebelahi Nurul Izzah, Mawi terpaksa dikerah untuk bantu berkempen. Malah, malam Pak Lah berkempen, dengan bantuan daya tarikan Mawi, hanya sekitar 1,000 yang hadir mendengar Pak Lah berleter.
Memang jelas semenjak 10 hari yang lepas, kehangatan di Lembah Pantai banyak memihak sebelah Nurul Izzah. Banyak faktor yang menarik ke Nurul Izzah dan banyak juga faktor yang menolak dari menyokong Sharizat. Keadilan yakin kemenangan memihak mereka dan Shahrizat semakin gementar sokongan pengundi muda ramai meninggalkannya.

Ibrahim Baba 05 Mac 2008
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/03/05/shahrizat-cemas-dan-hampir-lemas-di-lembah-pantai/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan