06 Mac 2008

'Selamat tinggal Umno' bakal gugat Idris - Ustaz Latif

Adnan Ibrahim Thu Mar 06, 08 10:41:33 am MYT
BESUT, 6 Mac (Hrkh) - Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Abdul Latif Mohamad kembali ke pangkuan PAS dalam satu majlis ceramah pengisytiharan yang hadiri lebih 5,000 orang di persekitaran Masjid As-Salam dekat rumah beliau di Jertih di sini, malam tadi. Abdul Latif sebelum ini pernah berceramah atas pentas Umno sebelum pilihan raya umum 1999 dan 2004. Pengikutnya pernah membuat sidang akhbar secara beramai-ramai membantah calon PAS ketika itu. Kembalinya mereka ke pangkuan PAS sudah tentu boleh menggugat kedudukan calon BN di Dun Jerteh, Dato' Seri Idris Jusoh dan calon BN di parlimen Besut, Dato' Dr Abdullah Zin. Kedudukan Idris cukup goyah kerana beliau menang hanya 2,047 majoriti, ditambah lagi calon PAS Dun Jerteh, Mohd Hassan Salleh yang disukai penduduk. Berlainan dengan Idris yang banyak memasang samseng memukul rakyat dan merampas tanah. Setelah lebih 10 tahun berpisah dengan PAS akhirnya pada malam bersejarah itu sebagaimana yang diimpikan penyokong dan pemimpin PAS beliau tampil berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Husein Awang yang juga bertanding di Parlimen Besut. Ustaz Latif dalam ucapannya berkata, "kalau dahulu kita buat ucapan selamat tinggal PAS tetapi sekarang kita mengucapkan selamat tinggal Umno." Beliau menyifatkan tidak pernah keluar PAS dan menafi menyertai ahli Umno. Kesedaran beliau itu juga menunjukkan kebodohan masa lalu yang tidak perlu dipanjangkan kerana itu beliau mengambil keputusan kembali kepada perjuangan dan kawan lama. Beliau juga menyifatkan perkembangan ini boleh menggugat Idris Jusoh apa lagi ramai orang yang tertindas dengan kekuasaan Idris turut memberontak menyatakan kemarahan mereka kepada Idris. "Sebaliknya Umno rasa saya dalam Umno. Ni saya nak bagi tahu dalam majlis penjelasan ini," ujarnya di hadapan pengikutnya dan orang ramai yang ingin menyaksikan peristiwa sentimental seolah mengenang kembali perjuangan beliau bersama PAS. Hadir sama dalam program tersebut, Timbalan yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, calon PAS di Dun Kuala Besut dan Mohd Hassan. Ceramah yang sepatutnya turut dihadiri calon PAS di Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali bagaimana pun beliau tidak sempat hadir kerana padat dengan acara kempen. Sementara itu, Mustafa menyifatkan peristiwa sebegini telah ditunggu-tunggu oleh PAS selama lebih 10 tahun dan mengharapkan pengaruh Ustaz Latif boleh menjadi pemimpin walaupun tidak memegang jawatan

Tiada ulasan: