Abdul Halim Mohd Rashid
Thu Mar 06, 08 6:21:40 pm MYT
KOTA BHARU, 6 Mac (Hrkh) - Bencana akan berlaku jika negara ini kehilangan pembangkang, itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat yang akan mengundi Sabtu ini.Ketika ditanya adakah Malaysia perlu mempunyai pembangkang yang kuat dalam wawancara eksklusif Malaysiakini dengannya, Dr Mahathir menegaskan: "Saya sentiasa menegaskan bahawa negara ini memerlukan pembangkang dan mereka mesti bersikap kritikal terhadap kerajaan. "Tanpanya, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat wajah kita.
"Anggota kerajaan kadang-kadang kaki bodek dan mereka sentiasa kata "anda betul" dan anda tiada cara untuk menilai sama ada anda di landasan yang betul. Jadi, jika negara ini kehilangan pembangkang dan jadi seperti Singapura, maka akan berlaku bencana". Dr Mahathir, yang sebelum ini mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin akan membawa malapetaka kepada parti itu, juga menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) di Rembau itu membazirkan wang. Bekas Presiden Umno itu juga tidak menolak kemungkinan Khairy akan menjadi menteri selepas pilihan raya ini. "Kerana itulah cara dia beroperasi. Maksud saya dia terbabit dengan (Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk) Kalimullah (Hassan) menguasa media, dia telah lakukan [...] berhubung dengan ECM-Libra dan pengambilaihan aset Avenue. "Kita juga dengar mengenai wang dibazirkan dan perkara-perkara seumpama itu," kata beliau yang mengulangi penegasan bahawa beliau kecewa melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya. Ketika ditanya adakah Khairy seorang pemimpin yang tidak baik, sambil tidak menafikannya, Dr Mahathir berkata: "Dia pernah kata bahawa dia boleh berbuat demikian kerana mendapat perlindungan dari bapa mertuanya. Tiada seorang pun patut berkata demikian". Ditanya adakah Abdullah terus menjadi Perdana Menteri kerana Khairy memerlukan perlindungan bapa mertuanya itu, dengan sinis Dr Mahathir menjawab: "Adalah amat selesa bila bapa mertua anda melindungi anda".
PM tidak betul
Seolah-olah mengesahkan lagi kenyataan beliau sebelum ini bahawa Perdana Menteri suka berbohong, Dr Mahathir berkata Abdullah "tidak betul". "Bila beliau kata, mereka tidak ada duit untuk sambung projek, itu tidak betul," katanya. Dr Mahathir seterusnya memberitahu: "Bila beliau bersara, saya pastikan parti dalam keadaan baik, kerajaan baik, kewangan baik. "Saya bukan dipaksa bersara, tetapi persaraan yang saya putuskan sendiri, dan saya tidak boleh bersara pada 1998, keadaan tidak baik, anda lihat apa jadi pada 1999, saya teruskan untuk memulihkan keadaan. "Jadi bila mereka kata projek ditangguhkan kerana tidak ada wang, itu tidak betul". Jika beliau masih jadi perdana menteri, katanya, "saya bukan sahaja dapat sambungkan projek tetapi laksanakan juga projek baru. "Bila nak bina lapangan terbang baru, orang marah, orang kata belanjanya RM25 bilion, kita buat dengan kos RM8 bilion, ia adalah mengenai bagaimana anda menguruskan wang". Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengingatkan rakyat bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying). "Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir waktu itu.
Dr Mahathir menyerahkan kepada rakyat untuk menghakimi kegagalan Abdullah apabila ditanya tentang prestasi penggantinya itu. "Jambatan tidak dibina, landasan keretapi tidak dibina, ampangan bakun tidak dilaksanakan. Terpulang kepada rakyat untuk menghakiminya," tegas beliau

Tiada ulasan:
Catat Ulasan